Masih tercari-cari look baru untuk tampil menawan sempena Tahun Baru Cina? Atau mungkin mencari look yang luar dari kebiasaan? Love, Bonito kan ada!

Jenama pakaian wanita omnichannel terkemuka di Asia Tenggara ini meraikan pembukaan kedai flagshipnya yang pertama di Tun Razak Exchange (TRX), Kuala Lumpur, di samping pelancaran Koleksi Tahun Baharu Lunar dengan inspirasi ketimuran dengan tema ‘Modern Reunions.’

Koleksi ini menampilkan sentuhan moden pada gaya oriental, sesuai untuk yang mahukan penampilan sedondon untuk keluarga, merakamkan intipati rumah tangga dan kebersamaan semasa perjumpaan semula di musim perayaan. 

Sementara itu, flagship store ini adalah yang keenam dan terbesar di Malaysia, diposisikan sebagai hab untuk acara dan bengkel komuniti wanita yang lengkap dengan fungsi dan pengalaman yang pelbagai.  

Koleksi Tahun Baru Lunar ini meraikan akar umbi Asia, menggabungkan warna bertuah, sulaman eksklusif dan tekstil brokat. Rachel Lim, Co-founder Love, Bonito, menyatakan komitmen jenama itu terhadap warisan Asia, mencipta pengalaman bermakna untuk keluarga yang menghadiri pertemuan semula. Koleksi ini mendapat inspirasi daripada porselin, jed dan brokat, ditafsirkan dengan perspektif moden yang segar, memenuhi pelbagai potret keluarga.

Koleksi ini termasuk pakaian yang menonjol seperti Yuri Asymmetric Drape Midaxi Dress, cheongsam panjang moden dengan draped neckline, dan Yanna Mandarin Collar Romper, lambing tuah dan kegembiraan. Love, Bonito mendukung modern trendsetters’ yang mahu lari dari norma biasa dengan menawarkan rona gelap untuk penampilan bergaya melangkaui merah tradisional, menawarkan pilihan seperti Mina Padded Tweed Mandarin Collar Jumpsuit dan Mira Knit Midi Dress, memberikan sentuhan kontemporari pada cheongsam klasik.

Nikmati saat-saat berharga pertemuan semula dengan kejutan tambahan untuk keluarga anda apabila anda membeli-belah dengan Love, Bonito! Nikmati hadiah eksklusif seperti Fortune Red Packets (dengan perbelanjaan minimum RM188 dalam satu resit), Scarlet Tissue Box Holder dan sepasang Gratitude Chopsticks – tersedia 24 Jan dalam talian sahaja (kedua-duanya dengan perbelanjaan minimum RM300 dalam satu resit), sementara stok masih ada.

Koleksi ini boleh didapati dari RM85-RM249 dan akan dijual dalam talian dan di kedai.  Untuk menerima pesanan dalam talian sebelum Tahun Baru Cina, lawati halaman ini untuk melihat tarikh akhir.