
Sempena Hari Kemerdekaan 2025 ini, Eco-Shop tampil dengan kempen bermakna bertajuk “Satu Senyuman, Seribu Makna”, berlangsung dari 4 Ogos hingga 28 September 2025. Selaras dengan tema Merdeka tahun ini “Malaysia MADANI: Rakyat Disantuni”, kempen ini meraikan semangat perpaduan melalui senyuman, makanan dan momen yang menyatukan rakyat.
Menariknya, cef kesayangan ramai Che Sayang dilantik sebagai duta kempen, membawa bersama aura ceria dan penuh kasih untuk menghidupkan sambutan merdeka yang lebih dekat di hati rakyat.
Kempen ini turut bekerjasama dengan Yayasan Kebajikan Budimas, menyantuni anak-anak kurang bernasib basik melalui siri lawatan kasih sayang, pertandingan hiasan Merdeka di sekolah serta acara kemuncak, Januan Merdeka Terbesar bersama komuniti terpilih yang akan diadakan pada 20 September 2025.
Lebih istimewa, Che Sayang sendiri akan menyediakan dan menghidangkan juadah kepada anak-anak yang hadir, sebagai tanda kasih, bukan sekadar acara.
Sepanjang kempen, Eco-Shop juga menawarkan promosi khas di seluruh cawangannya. Dengan pembelian mininum RM30, pelanggan boleh dapatkan beg tote edisi terhad dan berpeluang menyertai Jamuan Merdeka bersama Che Sayang.
“Satu senyuman mungkin nampak kecil, tapi impaknya besar apabila kita beri dengan ikhlas,” ucapan dari Jessica Ng, CEO Eco-Shop.
Anda boleh saksikan video kempen penuh di media sosial Eco-Shop dan ketahui info lanjut di Facebook (EcoShopMarketing), Instagram (ecoshop_my), TikTok (@ecoshopmalaysia) dan XHS (eco-shop MY).