Baru je ditayangkan Ahad lepas, ramai sebenarnya yang masih tak boleh move on dengan ending telefilem Dania lakonan Puteri Balqis, Aedy Ashraf, Fezrul Khan dan Aida Aris. 

Bila tengok watak Cikgu Bahar, memang sakit hati kerana orang yang disangka bakal menjadi pembimbing dan pelindung anak bangsa rupanya manusia bertopengkan syaitan! Niat Dania nak menuntut ilmu dipergunakan sebagai kesempatan Cikgu Bahar untuk melempiaskan nafsunya.

Semuanya bermula lepas kenal dengan senior sekolah, Sarimah. Sarimah ni lah yang perkenalkan Dania dan rupanya dia pun terlibat dalam kejadian yang menimpa Dania.

Ingatkan part kes dibawa ke mahkamah, dan Cikgu Bahar pun dijatuhkan hukuman penjara dan sebatan tu dah ending. Rupanya ia baru tiga suku daripada keseluruhan jalan cerita apabila Cikgu Bahar dibebaskan setahun selepas dipenjara dengan alasan tuduhan digugurkan.

Tapi watak abang Dania memang wajar dipuji kerana tidak mendiamkan perkara tersebut selepas mengetahuinya. Beliau berusaha yang terbaik demi adiknya dan tidak mempedulikan soal aib supaya tak ada lagi pelajar lain yang turut terkena nasib yang sama.

Kalau korang tak sempat nak tengok hari tu boleh tengok balik dekat tonton.my okey?