
Ada perhiasan yang sekadar cantik, dan ada juga yang menyimpan seribu satu cerita. Bagi Wah Chan, setiap cincin, gelang, atau rantai yang dihasilkan sejak tahun 1955 bukan sekadar aksesori. Ia merupakan simbol cinta, momen berharga, dan legasi yang diwarisi dari satu generasi ke generasi seterusnya.

Tahun 2025 menandakan 70 tahun perjalanan Wah Chan sebagai salah satu jenama barang kemas paling dipercayai di Malaysia. Bermula dari sebuah kedai emas kecil di Pekan, Pahang oleh pasangan suami isteri, Mr. Koh Kui Wah dan Mrs. Lai Swee Chan, jenama ini kini berkembang menjadi lebih 50 cawangan di seluruh negara. Dari zaman cincin kahwin ibu bapa hingga gelang hadiah ulang tahun cucu, Wah Chan sentiasa menjadi sebahagian daripada detik-detik bermakna rakyat Malaysia.

“Jewellery is not just adornment – it is love, legacy, and self-expression,” kata Amanda Koo, Pengarah Wah Chan Jewellery.

Koleksi Eksklusif: Love Infinity
Sempena ulang tahun ke-70, Wah Chan memperkenalkan koleksi Love Infinity – sebuah koleksi barang kemas premium yang meraikan cinta dalam pelbagai bentuk: ‘self-love’, pasangan, anak-anak dan keluarga. Setiap warna dalam koleksi ini membawa makna tersendiri:
- Merah – Semangat
- Hijau – Kesihatan
- Putih – Kedamaian
- Berlian – Cinta Abadi
- Emas – Keberkatan & Kelimpahan

Bintang utama koleksi ini ialah Love Infinity 24K Bracelet, gelang 24K pertama yang boleh diubah suai mengikut cita rasa pelanggan, direka sendiri oleh Amanda Koo. Lebih istimewa, ia dihasilkan hanya 70 unit eksklusif di seluruh dunia – setiap satu disertakan dengan sijil dan ukiran logo ulang tahun ke-70 Wah Chan.

Celebrate 70 Years of Love
Bukan sekadar pelancaran koleksi, Wah Chan turut meraikan perjalanan 70 tahun ini bersama pelanggan setia melalui kempen “Celebrate 70 Years of Love” yang berlangsung sehingga 13 Disember 2025. Antara tawaran menarik termasuklah:
- RM70 diskaun untuk setiap gram pertama emas 916
- Penjimatan sehingga 70% untuk koleksi terpilih
- Hadiah mingguan, bulanan dan hadiah utama berupa Tesla Model 3
- Rebat, cabutan bertuah dan pelbagai aktiviti interaktif di butik

Selain itu, kempen ini turut mengadakan acara larian komuniti seperti “Love in Every Step Fun Duo Run” pada 30 November serta pertandingan kreatif “AI Song & Wah Chan Dance” bersama kolej dan sekolah tarian tempatan.

Lebih Dari Sekadar Barang Kemas
Bagi Wah Chan, setiap cincin bukan sekadar perhiasan, tetapi tanda janji. Setiap gelang bukan sekadar aksesori, tetapi doa dan harapan. Selepas tujuh dekad, Wah Chan kekal sebagai jenama yang sinonim dengan kepercayaan, kualiti, dan keindahan abadi – menemani rakyat Malaysia menyulam cinta dan warisan dari satu generasi ke generasi seterusnya.Untuk maklumat lanjut mengenai kempen dan koleksi, layari www.wahchan.com.my atau ikuti media sosial rasmi Wah Chan.