Bila makan nasi ayam, apa yang selalu buatkan korang rasa nasi ayam tu power? Sup? Atau kombinasi sambal dan kicap ayam yang digunakan.
Kalau tanya sis, kombinasi sambal dan kicap. Kalau dua ni power, memang selera makan siap boleh bertambah nasi! Tapi tak semua orang pandai buat kicap nasi ayam yang power. Ada yang terlebih masin sampai bila dicurahkan atas ayam, ayam tu pun terus jadi masin.
Nak tahu resepi kicap ayam power? Jom tengok sharing dari seorang owner ni yang katanya kicap akan jadi rasa luar biasa sedap.
Bahan-bahan:
- 1kg gula
- ½ blok butter
- Halia (hiris)
- Air rebusan sup
- Sos tiram
- Perasa
1. Masukkan 1kg gula ke dalam kuali. Kemudian masukkan ½ blok butter, kacau dan cairkan.
2. Masukkan halia yang dah dihiris ke dalam kuali sebelum masuukan air rebusan halia. Dalam video menggunakan 6 senduk besar sebelum masukkan sedikit sos tiram.
3. Biarkan bancuhan mendidih. Kalau nak pekat boleh tambah kicap pekat dan boleh juga tambah perasa seperti chicken stock.
4. Kemudian masukkan bancuhan tepung jagung untuk tambahkan kepekatan kicap. Kacau hingga sebati dan biarkan pekat.
Selamat mencuba!
Video: Tiktok @azrulbasherahil