Baru-baru ni kecoh isu dakwaan yang melabelkan suami yang membenarkan doktor lelaki menyambut kelahiran bayi sebagai dayus kerana melihat aurat isteri mereka.

Selepas isu tersebut, timbul satu lagi isu yang mengundang rasa aneh pakar perubatan iaitu beliau mendakwa minum susu berlebihan menjadi punca jangkitan kutu. Dalam satu klip video yang tersebar, info berkenaan diulang sebanyak 4 kali. 

Alamak, betul ke?

Tampil menjelaskan keadaan sebenar, seorang doktor perubatan menafikan perkara ini. Dr Wan menerusi TikToknya menjelaskan setakat ni tak ada sebarang bukti kajian yang boleh mengesahkan dakwaan minum susu mengundang kutu.

Bak kata Dr Wan, “hangpa yang pengotoq, susu pula yang disalahkan.”

Video: TikTok @drwanshare