Coretan
Perkongsian resepi, tutorial, petua, senaman/riadah dan ceritera untuk bacaan semua terutama kaum wanita.
Kulit cantik persis ratu Thai dengan beras pulut
Pernah dengar tak, wanita Thailand memiliki kulit yang putih, bersih dan halus. Betul tau, kulit diorang ni memang cantik dan bersih sangat. Haa nak tahu rahsianya? Senang je! Wanita Thailand especially puteri-puterinya yang dulu memang mengamalkan bahan tradisi je iaitu tepung beras pulut untuk mencantikkan kulit. Siapa sangka, banyak faedah daripada beras pulut ni. So … read more
Petua stok bahan basah tahan lama
Okay buat mommies yang bekerja, Kak Jah tau korang suka simpan stok bahan basah untuk mudahkan kerja korang kan? Contohnya, simpan cili kisar, bawang kisar atau halia kisar supaya kalau balik kerja nak menumis masakan dinner tu, zassssiap. Cepat dan mudah. Tapi, korang tau tak ada cara nak simpan dan kekalkan kesegaran bahan-bahan tumisan ni? Yelah.. Kita buat bahan tumisan ni awal-awal sebab nak mudahkan kerja. Kalau salah simpan, jadi rosak pulak, dah satu kerja pulak nak tumis baru. Sudahnya, korang order makanan segera je agaknya? Hehe. Okay so meh sini Kak Jah share tips pastikan bahan-bahan macam ni tahan lama dan cepatkan kerja. 1. Stok bawang kisar Stok bawang kisar ni korang kupas dan basuh bersih-bersih. Lepas basuh, simpan dalam bekas kedap udara yang bertutup. Bahagikan kepada dua bekas tau, satu untuk kegubnaan harian, satu lagi letak dekat tempat frozen. Senang nanti nak gunakan bila nak menggoreng okay? 2. Stok cili api Stok cili api ni nak simpan senang je tapi ramai silap buat. Kalau Kak Jah, Kak Jah akan basuh cili api bersih-bersih dan buang tangkainya. Kemudian, letakkan dalam bekas bertutup yang dialas dengan tisu dapur. Then, letakkan beberapa ulas bawang putih untuk memastikan cili tu kekal segar dan tak cepat lembik. 3. Stok cili api kisar Yang ni untuk cili api kisar pulak ya. So, basuh bersih-bersih dan kisar bersama sedikit garam. Garam ni untuk kekalkan kesegaran. Letakkan satu ulas bawang putih dalam bekas cili kisar tu untuk bagi dia tahan lama. Haa ni untuk korang masukkan dalam cili kicapp atau nak buat sambal tempoyak dengan mudah. Tak payahlah nak kisar-kisar lagi kan. 4. Kunyit, halia, lengkuas Bersihkan kunyit, halia dan lengkuas. Letak dalam bekas bertutup yang diisi dengan air. Kemudian, tukar air setiap dua minggu. Memang tahan lama! 5. Bunga kantan dan serai Diorang-diorang ni korang kena basuh bersih-bersih dan letakkan dekat bahagian frozen tau. Haaa ramai tak tahu kan? Nak masak nanti, korang defrost jelah dan masak macam biasa.
Mee goreng mamak yang sedap dan mudah
Ish petang-petang macam ni teringin pulak nak makan mee goreng mamak. Mamak bawah rumah Kak Jah ni sedap je masakan dia, kira kenalah dengan selera Kak Jah ni tapi kalau boleh masak sendiri, kenapa nak beli, ye tak? Rahsia kesedapan mee goreng mamak ni terletak kepada rempahadunan dia tu dan telur yang dipecahkan semasa menggorengmee. Haa harini Kak Jah share dengan korang resipi mee goreng mamak simple tapi memang sedap untuk korang pulak cuba. Resipi ni daripada Saji.my. Bahan-bahannya : Mee Kuning 450 g (5 orang makan) Lada kering * Bawang merah * Bawang putih * (bahan-bahan bertanda * korang kisar bersama okay) Bahan rencah : Sayur sawi Taugeh Fish cake dan fish ball Sotong atau udang Telur 2 biji Kicap (6 sudu besar) Sos seafood adabi (2 sudu besar) Sos cili (2 sudu besar) Perencah Maggi Kari (setengah paket) Garam (secukup rasa) Cara memasak : 1. Tumis lada kering yang telah dikisar hingga garing. 2. Masukkan sos seafood Adabi, sos cili, kicap, perencah maggikari dan sedikit air. 3. Masukkan sotong atau udang atau kedua – duanya sekali dan fishcake atau fishball. 4. Akhir sekali, masukkan mee kuning yang sudah dibasuh. Gaul sebati sehingga masak. 5. Siap! Sedia untuk dihidang dan ngap! Wah, mudah betul ya untuk masak mee goreng mamak ini. Pastikan anda mengikut resepi ini langkah demi langkah. Confirm … read more
Cara tanggalkan mekap supaya wajah tetap maintain muda
Okay Kak Jah walaupun tak bekerja tapi Kak Jah sentiasa mengenakan solekan kalau nak kemana-mana. Alaaa solekan nipis je uols, taklah mekap tebal pun. Antara mekap yang Kak Jah selalu pakai ialah lipstick, bb cream dan juga mascara. Tapi harini bukan nak cerita pasal tu, Kak Jah nak share tips macam mana nak remove makeup … read more
Surirumah jana pendapatan 4 angka dengan jual super ring!
Wahh pandainya wanita ni cari duit, haaa Cik Ju pun nak jugak laa, sebulan je dapat hamper RM5000 dengan jual super ring tu. dah la supermarket Giant ni dekat sebelah rumah Cik Ju, tapi kenapa Cik Ju tak pernah terfikir nak jadi hebat macam wanita ni cari duit? OMG..Cik Ju bangga sangat dengan kehebatan wanita … read more
Apa pandangan uols tentang isteri kedua?
Gambar tu sekadar hiasan je.. jangan korang fikir macam-macam pulak..tapi topik tetap sama..tentang suami berkahwin lebih dari seorang atau istilahnya wanita yang hidup bermadu.. Cik Ju nak share 1 story dengan korang, apa komen korang sebagai wanita tentang mereka yang berstatus sebagai isteri kedua? Adakah uols akan berpendapat yang mereka ni jahat kerana merampas kebahagian … read more
Bertabahlah bonda Rozita dengan perangai Aliff Syukri ni…
Kadang-kadang kesian tengok mak Alif Syukri ni, dia selalu bagi nasihat itu ini dekat anaknya supaya fokus kepada perniagaannya, jangan lagi buat benda merapu-rapu, tetap Alif tak endahkan. Kalau Cik Ju jadi bonda Rozita ni pun, mau Cik Ju pening, even bonda Rozita sendiri pun kata dah tak tahu nak cakap macam mana lagi dengan … read more
Telur separuh masak – Turunkan berat badan dan cegah penuaan
Kak Jah teringat masa kecik-kecik dulu, arwah opah Kak Jah selalu buat telur separuh masak untuk sarapan pagi, dan pasangannya ialah kopi O pekat. So, kalau makan menu ni je, mesti teringat dekat arwah opah Kak Jah. Alahai, rindunya. Siapa sangka, menu yang Kak Jah telan semenjak kecil ni rupanya banyak kahsiatnya. Haa so harini … read more
Tuang air panas dulu baru masukkan susu tepung supaya anak dapat khasiat penuh susu
Rupa-rupanya, cara nak bancuh susu tepung pun memberikan kesan kepada susu anak-anak. Laaa Kak Jah pun baru tau uols. So menerusi satu perkongsian yang Kak Jah baca menerusi internet sambil-sambil tunggu cik abang Kak Jah balik minum petang haritu, Kak Jah nampak lah artikel pasal susu ni. Terkejut Kak Jah sebab adalakalanya, Kak Jah pun … read more
Isteri orang skandal dengan suami orang ni memang trending sekarang ke?
Cik Ju ada cerita nak share dengan semua wanita, tak kira mommies atau ladies. Sekarang kalau suami kahwin lebih dari sorang tu kira normal, but kita tak boleh kata apa kalau dia mampu. Right? But kalau suami orang skandal dengan bini orang ni, sekarang memang dah jadi trend ke apa? Well, dulu itulah punca Cik … read more