Asyik buat resipi makanan je kan, apakata kali ni kita buat masker sendiri dekat rumah. Yelah sambil-sambil mengadap laptop duk balas-balas email tu, bolehlah korang pakai masker DIY ni betul tak?

Ni lah kelebihan kerja dari rumah ni, tak payah pakai mekap, boleh pakai masker je. Tapi kalau boss mintak selfie, mommies jangan hantar selfie sambil bermasker pulak! Tanjat boss nanti! Habis je PKP ni, Kak Jah yakin engkorang lah paling cun dekat Malaysia ni!

1. Masker avocado dan susu

Masker gabungan avocado dan susu ni sangatlah sesuai untuk mereka yang berkulit berjerawat. Caranya, hancurkan avocado dan masukkan satu sudu kecil susu. Gaul rata dan tepek je di wajah. So sambal-sambal reply email client tu, manjakan diri, basuh je mask muka terus cantic! Hehe

2. Masker putih telur dan madu

Siapa je tak pernah cuba masker kombinasi dua bahan best ni. Masker ni untuk mereka yang nak awet muda.

Caranya, campurkan sebiji putih telur dengan satu setengah sudu besar madu. Gaul rata. Kemudian, letak pada wajah selama 15-20 minit dan basuh macam biasa. Ni fav Kak Jah, sebab bahannya sonang.

3. Masker oat

Oat ni bukan sedap buat makan je, tapi sesuai buat masker terutamanya buat mommies yang ada kulit berminyak. Bahan-bahannya ialah oat, satu sudu yogurt, sedikit air dan juga 2 sudu madu. Sapukan pada wajah dan biarkan selama 15-20 minit. Korang golek-golekkan sikit oats ni dekat muka, kulit pu rasa lembut jer.

4. Masker tanah liat

Tanah liat memang elok untuk detox kulit. Tambahkan sedikit air ke dalam bentonite clay dan kacau rata. Sapukan pada wajah. Biarkan selama 15 minit. Jangan biarkan terlalu lama sebab clay ni boleh buatkan kulit kering. Kak Jah sellau jugak buat yang ni, maklumlah banyak kotoran dekat muka ni.

5. Masker blueberry

Blueberry ni elok untuk brightkan wajah. Blend beberapa biji blueberries dan campurkan dengan oat dan jus lemon bagi menghasilkan satu adunan yang pekat. Kemudian, gosok pada wajah dan biarkan selama 15 minit. Cuci macam biasa.

Haaa senang kan nak ikut. Sambil-sambil buat kerja depan laptop boleh cantik uols. Selamat mencuba!