Dah masuk hari ke berapa kita semua kena kuarantin dekat rumah. So far Cik Ju rasa okay, dah boleh hadam slow-slow dan cara bekerja dari rumah. Tapi kena cekap sikit lah sebab ada timing nak kemaskan rumah, masak, uruskan suami *ewah Cik Ju ni* dan buat kerja harian pejabat di rumah.

Baru nak mulakan tugasan, Cik Ju terbaca pula ada baby comel yang baru dilahirkan diberi nama Corona.

How sweet sayang, nama awak Corona ye. Itu kan nama virus, agaknya parents awak dah tak tahu nak beri nama apa, ha dia letak je nama Corona supaya terus ingat nama tu diberi sempena kejadian yang kita 1 dunia kena kuarantin! Haha

Baby ni dilahirkan dekat Filipina, dan Cik Ju memang tahu mereka ni memang pantang kalau ada kejadian pelik berlaku, terus je bagi nama macam dekat baby ni.

So banyak benda pelik netizen ni buat sepanjang covid-19 ni berlaku, ada kebetulan nama kedai kain di India “Corona”, nama baby pun letak nama “Corona”.

Apa maksud Corona ni?

Haaa Cik Ju yakin mesti ramai tak tahu apa maksud dia kens! Well. Corona ni adalah Bahasa Latin yang bermaksud mahkota. Ooo patutla letak nama kedai ke, baby ke nama Corona!

Bentuknya bulat mencipta imej seakan-akan mahkota diraja atau korona suria. Wah gitu!

Baguskan info ni utk korang? Cik Ju pun baru jumpa dekat Wikipedia ni taw! Haha menarik lah!

So lepas ni Cik Ju takkan peliklah kalau ada orang nama Corona sebab maksud dia pun memang indah sweet-sweet, mahkota rupanya dik maksud nama awak tu!

Btw, setakat ini, wabak coronavirus yang telah melanda 172 negara termasuk Filipina.

sumber gambar utama : The Telegraph