Selepas nama Covid dan Corona serta Lockdown menjadi perhatian, terdapat 1 lagi nama pelik diberi oleh sepasang suami isteri kepada anak mereka iaitu Sanitiser.
Nama itu diberi sempena wabak covid-19 yang melanda seluruh dunia dan hanya dengan sanitiser sahaja mampu menghalang daripada wabak itu berjangkit.
Oleh hal demikian, bapanya, Omveer berkata mereka sepakat untuk memberi nama tersebut kepada anak mereka sebagai ingatan bahawa waktu ini semuanya memerlukan sanitiser.
“Menggunakan cecair pembasmi kuman (sanitiser) sangat penting untuk memastikan diri kita selamat daripada Covid-19.
“Saya dan isteri sangat kagum dengan langkah diambil Perdana Menteri, Narendra Modi dan Ketua Menteri Uttar Pradesh, Yogi Adityanath dalam melawan wabak ini.
“Oleh itu, kami sepakat memberi anak kami nama Sanitiser. Apatah lagi, ia digunakan setiap orang ketika ini bagi mengelak penularan kuman di tangan kita,” katanya kepada India Today.
uols mungkin berminat baca:
Kek ‘tisu tandas’ pula menjadi perhatian penduduk Finland
Buat kerja tanpa gangguan dalam khemah ni…