Rasanya selain daripada Sis Yana, ramai je lagi daripada korang yang suka dengan muffin coklat kan? Semua yang dari coklat, memang semuanya sedaplah. Lagi-lagi yang budak-budak. Kalau dah makan memang susah nak berhenti.

Kredit: Bigger Bolder Baking

Jadi yang ada anak-anak kecik tu, Sis Yana ada nak share satu resepi yang sis dapat daripada sharing En Kesavan Supramaniam. Tengok bahan-bahan dia memang mudah. Yang penting sedap dan mudah nak buat. Siap boleh jadi bekal anak-anak nanti.

Bahan-bahan:

  • 1⅔ cawan tepung gandum
  • 1 sudu kecil baking baking soda 
  • ¼ sudu kecil serbuk kayu manis 
  • ½ sudu kecil garam 
  • 1 cawan gula pasir 
  • 2 biji telur grade A
  • ½ cawan minyak masak
  • 4 biji pisang berangan masak ranum di lenyek
  • 2 sudu besar sour cream ( sy guna tairu je🤭)
  • 1 sudu kecil esen vanila 
  • ½ cawan walnut 
  • Nutella secukupnya 

Cara penyediaan:

  1. Panaskan oven (180C) 350 °F. 
  2. Loyang cupcake 12 rongga, letak paper cup. 
  3. Dalam mangkuk sederhana, ayak bersama tepung gandum, baking soda, serbuk kayu manis dan garam. Ketepikan. 
  4. Dalam mixer, campurkan gula, telur dan minyak putar sehingga gebu, kira-kira 5 minit. Masukkan pisang, sour cream, dan vanila. Putar lagi sehingga sebati.
  5. Guna spatula masukkan campuran tepung dan walnut, kacau sebati.
  6. Masukkan adunan sama rata kedalam paper cup.
  7. Masukkan 1 sudu kecil nutella kedalam adunan, guna lidi lorekkan nutella perlahan-lahan di permukaan adunan muffins. Bakar kira-kira 30 minit. 

Dah siap! Mudah je kan?

Kredit: Kesavan Supramaniam

Sis rasa yang tak berapa pandai bake macam sis ni pun boleh buat. Lepas ni tak adalah asal craving muffin je pergi McD, tak pun Starbucks. Dua dua jenama pun bukan murah uii harganya. 

Kalau buat sendiri, makanlah sampai kenyang baru berhenti. Okeylah, jangan lupa cuba tau. Nanti kalau dah cuba, share lah hasil dia dekat sis. Komen je dekat posting FB ni hasil korang.

Terima kasih En Kesavan sebab sudi share resepi muffin yang senang ni. Dekat korang sis ucapkan selamat mencuba!