Mudah dibawa dan dimakan, sandwich memang menjadi kegemaran rakyat Malaysia. Tidak terlalu berat tetapi boleh mengenyangkan, sandwich juga menjadi kegemaran kerana memiliki semua jenis zat yang diperlukan tubuh dalam satu hidangan.

Kalau korang selalu pergi kedai serbaneka macam mynews, 7Eleven dan sebagainya mesti korang perasan, inti sandwichnya selalu tidak memuaskan. Sedap tapi sikit.

Kredit: Real Food

Sebab itu, apa kata korang cuba buat sendiri resepi mudah dan cepat sandwich telur gebu yang dikongsi Puan Saleha Maarof ini. Memang terbaik rasa dia.

Bahan-bahan:

  • Roti
  • Telur
  • Mayonis
  • Sos blackpepper
  • Sos cili
  • Butter
  • Garam
  • Salad – ikut kesukaan
Kredit: Puan Saleha Maarof

Cara penyediaan:

  1. Pukul telur. Letak sikit air dalam 2 3 sudu untuk bagi telur jadi gebu. Bilangan telur ikut suka. Letak garam sikit dan pukul lagi sampai gebu.
  2. Panaskan butter. Masukkan telur tadi. Kacau telur dan bagi dia berketul-ketul.
  3. Masukkan mayonis, sos blackpepper, sos cili. Dalam resepi ini, Puan Sal lebihkan sos blackpepper dan kurangkan sos cili.
  4. Bila telur dah masak masukkan dalam bekas. 
  5. Untuk roti pula, letakkan bahan tadi kat roti dan potong 4 roti.

Hasilnya nanti akan jadi macam ini:

Kredit: Puan Saleha Maarof

Dah siap. Mudah sangat kan? Visual pun nampak menarik.

Lepas ini, makan sandwich memang sentiasa puas. Padat dengan isi. Boleh jimat banyak. Jangan lupa untuk cuba tau. Selamat mencuba!

Kredit gambar utama: Assets, Saleha Maarof