I am sure a lot of mommies here yang boleh relate dengan keadaan ini. Sakit melahirkan bayi tu hilang sebaik sahaja korang tengok muka anak. Hati automatically rasa sejuk dan happy. 

Tapi kenapa kita rasa macam tu eh? Scientifically, ada sebabnya kenapa ibu-ibu rasa happy dan tenang lepas melahirkan anak walaupun masa lahirkan tu ya ampun sakitnya Tuhan sahaja yang tahu. Orang siap cakap sakit bersalin ni merupakan antara sakit yang paling sakit di dunia lah. 

Pakar psikologi, Dayna M. Kurtz memberitahu, senyuman bayi kepada ibunya memberikan kelegaan yang luar biasa kepada ibu.

“Selepas bersalin, seorang ibu akan rasa sangat sakit dan penat tapi sebaik sahaja melihat senyuman bayinya, rasa sakit itu hilang kerana untuk pertama kalinya, seorang ibu rasa hubungan yang nyata dengan bayi yang selamat dilahirkan,” katanya.

A person holding a baby

Description automatically generated

Wow power betul senyuman bayi ni kan sampai ia boleh mempengaruhi emosi ibu. 

Semasa ibu pertama kali melihat wajah anak, jaringan otak yang luas diaktifkan dan ibu akan bertindak mengikut keperluan.

Slikovni rezultat za muslim mother and baby "smile"

Melihat bayi tersenyum atau menangis merangsang otak ibu untuk bertindak sama ada untuk mendukung, membelai atau bermain dengan bayi.

Haa lagi satu fakta menarik ialah area senyuman bayi juga mampu melepaskan dopamin iaitu sejenis hormon yang memberikan rasa bahagia.

Benda-benda lain yang mengeluarkan dopamin ialah makan coklat dan juga melakukan hubungan seks.

A baby lying on a bed

Description automatically generated

Dalam erti kata lain, senyuman bayi memberikan rasa bahagia yang sama seperti rasa bahagia yang lain.

Perasaan bahagia itu juga rupanya bukan hanya satu perasaan semata-mata tetapi ia juga bertujuan.

Ia bertujuan untuk memotivasikan ibu menjalin hubungan dan bonding yang positif dengan bayi.

Ia juga menjadikan ibu boleh berbahagi emosi yang sama dengan anak.

Haa sellau kan nampak, kalau anak menangis, ibunya pun menangis dan kalau anak happy, ibu pun happy.

A person lying on a bed

Description automatically generated

So kesimpulannya, apa pun reaksi bayi baru lahir, ia memberi impak kepada emosi dan perasaan si ibu. Begitulah indahnya hubungan antara ibu da anak. Inilah juga kot yang dipanggil naluri ibu? Sebab tu lah walau apa pun yang terjadi kepada kita, ibu ni boleh rasa.