Sebut saja wanita Latin pasti terbayang rupa paras mereka yang cantik, potongan tubuh menggiurkan, kulit mulus dan rambut berombak persis patung Barbie.

Seorang bintang Latin yang masih cun-melecun pada usia 50-an, siapa lagi kalau bukan Jennifer Lopez atau lebih dikenali dengan panggilan JLo.

So jomlah kita tengok rahsia cantik diorang ni mengikut negara.

Lulur pasir, Brazil

A picture containing person, banana, outdoor, sittingDescription automatically generated

Ritual kecantikan wanita Brazil sejak turun-temurun adalah mandi lumur pasir pantai. Butiran pasir dipercayai dapat menanggalkan sel kulit mati selain mengurangkan selulit. Minum air kelapa antara rutin kecantikan mereka.

Bawang putih, Republik Dominika

A picture containing food, table, wooden, boardDescription automatically generated

Menurut ahli kecantikan Shalini Vadhera yang juga penulis buku Passport to Beauty, wanita negara ini menggunakan bawang putih untuk memperkuatkan kuku mereka.

Caranya adalah dengan mencampurkan potongan bawang putih ke dalam botol cat kuku kemudian biarkan selama seminggu. Setelah itu baru dioleskan pada kuku. Rahsia lainnya, selalu menyapu kulit kepala dengan minyak kelapa bagi mendapatkan rambut yang sihat dan lebat.

Anggur merah, Chile

A plate full of fruitDescription automatically generated

Wanita Chile mengatakan kandungan antioksidan yang tinggi di dalam anggur merah menjadi rahsia kulit cerah berseri. Wanita negara itu biasanya membuat pupur wajah dengan menumbuk segenggam anggur merah lalu mencampurkannya dengan dua senduk tepung. Apabila sudah sebati, pupur itu disapukan pada wajah dan dibiarkan selama 10 minit sebelum dibilas.

Pupur strawberi, dadih dan madu, Colombia

A picture containing table, cup, food, sittingDescription automatically generated

Negara yang satu ini dikenali dengan populasi wanita yang memiliki kulit halus-mulus. Mudah saja rahsia mereka, amalkan pemakaian pupur diperbuat daripada dadih, strawberi dan madu kemudian sapukan pada wajah dan juga badan.

Cara menyediakannya sangat mudah, kisar kesemua bahan dan sapukan pada wajah termasuk anggota badan anda selama 20 minit kemudian bilas!

Haaa ada yang nak cuba ke?