‘Salad’ klasik kegemaran ramai nie antara menu wajib atas meja. Resepi kerabu ni kaya dengan zat besi, vitamin A dan C. Sajian berkhasiat yang ringkas dan mudah. 

Bahan A:

  • 2-3 ikat pucuk paku 
  • Parut sebiji kelapa (saiz kecil) 
  • Taugeh
  • Kerang rebus (boleh tambah jika suka)

Penyediaan:

  1. Siang pucuk paku dan celur dalam air panas yang diletakkan sedikit garam.
  2. Sangai parutan kelapa sehingga keperangan.

Bahan B:

  • 5 batang cili merah
  • 1 biji bawang besar
  • 1 sudu besar belacan
  • 1 sudu besar udang kering
  • 1 sudu kecil serbuk lada hitam

Penyediaan:

  1. Goreng belacan. Basuh serta rendamkan udang kering dalam air panas selama 10 minit.
  2. Tumbuk kesemua bahan B. Gabungkan bahan A dan bahan B sehingga sebati.
  3. Letakkan garam, gula dan perahan limau kasturi secukup rasa.
  4. Kacau rata dan hidang.