Pandang ke hadapan dan jangan toleh lagi ke belakang.
Putus cinta lagi? Aduhhh sakitnya hati. Sis faham. Ini perkara biasa bila melalui fasa percintaan. Bukan semua berakhir dengan happy ever after, ada jugak yang sangkut tengah jalan.
Ini tips untuk memudahkan korang move on. Tak perlu bersedih lama-lama okay.
1. Beri masa pada diri sendiri
Rawat luka dihati tu dengan masa. Mula-mula memang la pedih dik oi…maklumlah luka dalaman…hahahah. Tapi kena terima hakikat. Percayalah, masa akan sembuhkan hati korang yang berdarah tu.
2. Padatkan jadual harian
Cuba masukkan aktiviti tambahan dalam jadual harian kita. Tujuannya supaya korang tak lah pikir sangat pasal ex korang. Kalau asyik termenung jer, bila nak okay. Pandang ke hadapan dan jangan toleh lagi ke belakang!
3. Simpan/buang memento dengan ex
Jangan ada gambar dia lagi dalam handphone ke purse ke wallet ke. Buang weh buang. Bukan alau boleh semua barang yang buat korang teringat ngan ex tu, buang je lah. Ini untuk mengelakkan korang dari terus mengingati kenangan bersama si dia. Kalau tak nak buang, masukkan dalam satu kotak dan letakkannya jauh-jauh dari pandangan.
4. Kenal orang baru
Kalau dulu asyik berkepit je sampai lupa keadaan sekeliling, ini masa yang paling sesuai untuk kembangkan network korang! Bukan cari pasangan baru, tapi kenalan yang boleh buat korang lupa pada ex.
5. Dekatkan diri dengan family dan besties
Ambil peluang untuk merapatkan semula hubungan dengan keluarga, kawan-kawan lama atau saudara-mara yang korang lupakan masa sibuk bercinta dulu. Gelak-gelak dengan dorang hu ha hu ha hu ha. Jangan pentingkan sangat perasaan down korang. Hargai mereka yang benar-benar penting dalam hidup.
6. Cari hobi baru atau asah bakat
Sibukkan diri, cari hobi baru atau kembali teruskan minat yang sudah lama ditinggalkan dek kerana sibuk bercinta.
Lakukan apa saja yang korang minat sebagai satu terapi.
7. Tak perlu berdendam
Biasanya apabila ada perasaan negatif ini, memang sukar untuk anda move on. Redhalah dik. Kalau dah takde jodoh, fight lah macammana pun memang tak dapat punya.
Ingat, perancangan Tuhan itu lebih hebat daripada perancangan kita.
8. Putuskan komunikasi dengan ex
Buang je no dia. Kalau korang tu penting, lama dah dia cari kau dik. Kalau perlu, block sekali akaun media sosial dia. Dipersilakan buat begitu untuk elak korang jadi stalker.
Sis tak cakap move on ni senang, tapi kalau orang lain boleh buat kenapa tak korang. Pucuk pangkal hati dik. Kalau betul korang nak pandang ke hadapan, semua yang jadi tu korang akan jadikan pengajaran.