Jangan cepat sangat terpengaruh dengan testimoni berbayar, yang jahanam kulit muka sendiri.

Lumrah manusia tu tak pernah puas dengan apa yang dia ada. Kulit gelap nak putih, rambut hitam nak blonde, badan gemuk nak kurus. Itu perkara biasa.

Pikir balik, kulit muka aku dulu lagi sihat, tak putih melepak, tapi takde la parut jerawat. Sekarang muka aku ni jerawat senang je tumbuh, bila keluar rumah pulak, muka merah macam udang kena bakar. Pedihnya tuhan je yang tahu. Ini kesan yang aku hadap walaupun aku pakai tak lama. Kalau yang pakai sampai bertahun, tak sure la aku apa kesannya.

Ini semua sebab kebodohan aku jugak. Terpengaruh sangat dengan iklan kat social media. Orang kulit putih aku pun nak, yang aku lupa adalah check kandungan barang tu.

Hari-hari bukak Facebook nampak iklan produk pemutih. Satu badan boleh putih! Terpengaruh jugak la kan. Baca testimoni tu semua indah. Kesan pemutihan mengalahkan SK-II, sapa tak nak.

A hand holding a piece of paperDescription automatically generated
Periksa dulu kandungan produk supaya tiada kesan sampingan yang memudaratkan.

So aku pun beli la jugak. Mula-mula nak test jer. Tanya kawan-kawan aku, ramai yang kata jangan beli sebab takut beracun. Tapi biasa la, bila kebodohan dah menebal, aku tak hirau pun. Janji aku dapat kulit putih flawless ngan pipi pink macam Uqasha. Sudahnya, jadi lagi hodoh!

Lepas aku campak produk yang aku beli tu dalam tong sampah baru aku terbaca citer-citer menakutkan pasal barangan kecantikan yang takde cert KKM ni. Menakutkan siot!

Sumpah aku tak nak lagi pakai produk timbang kilo ni. Nasib baik aku pakai seminggu je. Kalau lagi lama tak tau lah muka aku jadi apa. Silap-silap aku jadi arwah. Maklumlah, kandungan merkuri dalam produk-produk ni tinggi giler.

Nasihat aku pada perempuan yang gila nak putih kat luar sana tu, berhentilah. Tak guna muka putih tapi tak boleh keluar rumah. Tak guna muka flawless tapi terlantar sakit sebab racun dalam badan.

Orang yang jual produk ni kat korang bukan nak bayar ganti rugi atau bayar bil hospital korang. Pada diorang asal poket melimpah ruah dengan duit, apa jadi kat pengguna bukan masalah.

Jangan la percaya sangat yang produk diorang tu 100% natural, kalau warna pun dan purple camtu, semulajadi apa ke dia nya. Kena selalu ingat, cream magic tak wujud. Kalau terbaca testimoni yang kata, “Hanya 2 biji sehari/Jangan ambil lebih dari 1 peket sehari takut terlalu putih/Confirm flawless/ Calit2 dah putih’ haaaaa ini semua gimik jer.

Kalau nak beli produk kecantikan atau supplement ni, korang cari lah yang berdaftar. Korang boleh check kat website KKM. Educate sikit diri tu, jangan ikut sangat nafsu nak cantik. Takut sudahnya mudarat badan.

Sekarang aku pakai masker kunyit je. Semulajadi gitew. Takut aku nak beli produk lain. Tak putih pun tak pe la.