Ini jawapan untuk mereka yang ada masalah perut buncit.
Siapa sahaja yang suka dengan perut yang buncit dan terus maju kedepan? Susah baju nak muat dan digayakan. Kadang-kadang hilang rasa yakin dalam diri.
Selain dari melakukan senaman dan rutin penjagaan makanan yang sihat, ada juga yang mengamalkan resepi detox untuk membantu menurunkan saiz perut. Senarai dibawah adalah antara resepi detox yang mudah untuk diamalkan.
Detox Lemon
- 1 biji lemon
- 150ml air
- 8 ulas bawang putih
- 3 biji kurma
- Cuka epal
- Madu
Senang sebab ouls cuma perlu campak, blend dan telan. Blend lemon, bawang putih dan kurma dengan 150 ml air. Masukkan cuka epal sebanyak 2 sudu dan madu bagi menghilangkan rasa pahit.
Campuran ni kalau betul cara simpan boleh tahan 2-3 minggu. Minum 2 sudu besar, 2 kali sehari sebelum sarapan dan sebelum tidur.
Jangan lupa untuk mengurangkan makanan dan minuman bergas bagi memaksimakan usaha mengempiskan perut. Selamat mencuba!