7 benda korang boleh gunakan untuk kurangkan bau dalam peti ais!

Gambar : makanlena.com 

Peti ais ni tempat kita menyimpan macam-macam makanan, so of course ada macam-macam bau, ikan, ayam, sayur, coklat, kek, aiskrim, barang basah lain lagi. 

So, macam mana korang simpan supaya peti ais tu Nampak best je bila korang buka kan? Kemas, bersih, teratur, so bila orang tengok, eh bersihnya orang ni, teratur je barang-barang dapur dia. 

Ha Cik Ju ni kemas sekejap lepas tu dah guna barang itu ini, berterabur balik sebab Cik Ju ni jenis orang yang menggelabah sikit, buat benda semua nak cepat sebab takut anak-anak bising, cranky, nak dukung lah bagai, dah tak siap Cik Ju masak. 

Situasi ni semua Cik Ju yakin ramai saja yang alaminya. 

So, kita jimatkan duit husband kita, duit tu kita buat pergi shopping kasut ke baju untuk diri sendiri, sebab terdapat beberapa barangan yang boleh mengurangkan bau kurang menyenangkan dalam peti ais. 

Gunakan saja bahan-bahan yang ada di dalam dapur korang sebagai agen menghapuskan bau kurang menyenangkan ini. Berikut antara bahan yang boleh digunakan jika ada dalam simpanan dalam dapur korang.

Baking Soda
Baking soda boleh menyerap bau kurang menyenangkan di dalam peti sejuk. Mudah saja caranya, korang hanya perlu tuangkan soda dalam mangkuk kecil dan letakkan di bahagian belakang peti sejuk. Jangan lupa tukarkannya setiap tiga bulan sekali.

Cuka
Rasa masam cuka mampu menuteralisasikan bau busuk peti sejuk. Cara menggunakan, korang hanya perlu masukkan 3 sudu makan cuka dan 3 sudu makan air suam ke dalam botol semburan. Setelah bercampur, semburkan cairan tersebut di dalam peti sejuk yang telah dikosongkan terlebih dahulu. Setelah bau hilang bersihkan peti sejuk.

Serbuk Kopi
Serbuk kopi adalah agen penyerap bau yang berkesan. Semangkuk kecil serbuk kopi yang di letakkan di bahagian paling dalam peti sejuk mampu menghilangkan bau degil peti sejuk. Biarkan selama 24 jam dalam peti sejuk, Insya Allah bau kurang menyenangkan akan hilang dalam beberapa hari.


Ekstrak Vanila
Selain sebagai bahan tambahan untuk membuat kuih, ekstrak vanilla juga boleh menghilangkan bau peti sejuk. Caranya korang hanya perlu campurkan vanilla cair atau serbuk dengan air. Kemudian celupkan bebola kapas ke dalam cairan tersebut dan letakkannya di dalam peti sejuk. Bau semerbak dari vanila akan lebih kuat dari bau busuk peti sejuk.

Lemon
Buah serbaguna ini boleh juga digunakan sebagai penghilang bau degil dalam peti sejuk. Cukup sekadar meletakkan beberapa hirisan lemon dalam peti sejuk dan biarkan beberapa hari. Pastikan lemon ditukar sebelum ia kering. Bau busuk dalam peti sejuk bertukar dengan aroma lemon yang lebih segar.


Cengkih
Rempah ini ada dalam kebanyakan dapur korang, selain sumber pembangkit aroma masakan, bunga cengkih yang halus ini juga boleh digunakan untuk menghilangkan bau peti sejuk. Ambil beberapa kuntum bunga cengkih dan letakkan dalam peti sejuk, pasti peti sejuk korang akan bebas dari sebarang bau kurang menyenangkan.


Arang
Kalau korang ada arang, boleh gunakannya untuk menyah bau kurang menyenangkan. Masukkan beberapa ketul kecil arang dalam peti sejuk. Biarkan selama 5-7 hari, bau tersebut akan hilang.

Senang je kan. 

Apa-apapun selain dari bantuan bahan-bahan ini untuk memastikan peti sejuk bebas dari bau kurang menyenangkan, kita perlu jugalah sentiasa rajin membersihkan peti sejuk dari sebarang kotoran kerana makanan mudah dicemari bakteria walaupun di simpan dalam peti sejuk dan akhirnya akan mengeluarkan bau kurang menyenangkannya.

Sumber : rasa.my