Setiap kali beli sayur mesti takleh simpan lama kan. Simpan dalam 2 hari mcm tu dah mula nak layu dan kekuningan pastu kena masak semua terus. Part bestnya kat rumah tu tak semuanya yang suka makan sayur haha  

Tu yang asyik berulang alik ke pasaraya setiap 2 -3 hari sekali. Penat sebab banyak kerja lain nak kena settle kat rumah tu. Perempuan kalau dah masuk pasaraya, masa nak memilih bahan mentah tu pun boleh leka and rasa mcm semua nak beli haha  

Sebenarnya ada je petua dan cara menyimpan sayur dan bahan mentah supaya tahan lebih lama! Berikut adalah perkongsian oleh Puan Maslina Misnan yang berguna untuk semua ibu kat luar sana. Siap ada gambar untuk korang rujuk lagi. 

A bunch of broccoli sitting on a counter

Description automatically generated
A hand holding a piece of broccoli

Description automatically generated
A bowl of fresh vegetables on a table

Description automatically generated

Caranya : 

Rendam sayur 

  • Rendam sayuran selama 5-10 minit. Biarkan semua sayuran tenggelam. 
  • Sayuran seperti kangkungdan bayam biasanya akan diasingkan kerana berpasir. Biarkan akarnya, jangan dipotong. Bla nak masak, barulah potong dan bersihkan sekali lagi.

Tambahkan garam

  • Taburkan sedikit garam sambal mencuci seperti biasa. Fungsinya adalah untuk mencuci bekas-bekas bahan kimia atau racun serangga yang masih terlekat pada sayuran. Rendamkan sayuran dalam air garam selama 10 minit. 
  • Toskan sayuran tadi selama 5 minit.
  • Sediakan bekas kedap udara dan susunkan sayuran kedalamnya. Kalau nak jimatkan ruang, boleh gunakan plastic kedap udara atau ‘ziplock bag’
A tray of food

Description automatically generated

Selamat dah sayur-sayuran korang! Tak perlu membazir lagi. Dah cuba and jadi jangan lupa share dengan bestie korang tau. 

Sumber : Resepi Toturial Terbaik (https://www.facebook.com/resepitutorial)