Minum petang ‘English style’? Pada yang mencari kelainan sajian minum petang, korang boleh cuba resepi ni.
Bahan – bahan:
Puff Pastri
- 120 gm mentega
- 150 ml air
- 170 gm tepung
- 1 sudu besar serbuk koko
- 5 biji telur
- 1/4 sudu teh garam
- 1 sudu teh gula kastor
Cara penyediaan:
- Ayak tepung dan serbuk koko, ketepikan
- Pukul telur, ketepikan (tak payah guna mesin, kocok-kocok guna pemukul telur sahaja)
- Satukan mentega, garam, gula dan air. Panaskan atas dapur hingga mentega larut dan biarkan mendidih. Kacau rata.
- Tutup api dan masukkan tepung bersama serbuk koko yang telah di ayak. Kacau adunan sehingga sebati. Nota: Kena kacau cepat-cepat gais, jangan bagi berketul.
- Masakkan semula dengan api sederhana dan kacau hingga keluar kepingan nipis di dasar periuk.
- Tutup api dan alihkan dari dapur.
- Masukkan pula telur yang telah dipukul.
- Kacau rata hingga adunan licin dan berkrim
- Masukkan adunan dalam piping bag yang telah di letakkan nozel. Paipkan atas dulang yang telah dialas dengan baking paper.
- Masukkan dalam ketuhar yang telah dipanaskan pada suhu 220C.
- Turunkan suhu ketuhar pada 210C dan bakar selama 20 minit
- Sejukkan atas redai setelah masak.
Bahan – bahan filling:
- 1 cawan krim putar
- 2 sudu besar jem strawberry
Cara penyediaan:
- Pukul krim putar hingga kental
- Kaup krim putar dalam strawberry filling
- Masukkan dalam piping bag
- Potong cream puff dan letakkan filling
- Taburkan gula icing dan sedia untuk dihidangkan.
Selain dari potong cream puff, korang boleh jugak isi filling dia ala-ala bomboloni tu. Mudah sikit. Haa, sekarang boleh enjoy minum petang korang dengan sajian baru. Takde la asyik-asyik karipap atau ketayap je.