Jimat, dijamin puas hati: Sotong goreng tepung ala kedai tom yam

Resepi ni sesuai untuk keluarga besar, maklumlah dapat jimat belanja kalau masak sendiri kat rumah.

Kalau singgah makan kat kedai tom yam mesti nak order sotong goreng tepung. Ada masa dapat sotong yang saiz besar, kalau nasib tak baik pulak dapat la tepung goreng perasa sotong (sotong di potong halussss na sampai tak nampak ?)

Jadi, kalau nak makan sotong goreng sotong puas-puas masak je sendiri kat rumah. Tak susah pun. Ikut je resepi kat bawah ni.

Bahan-bahan:

  • 4 ekor sotong (saiz sederhana besar)
  • 1 cawan kecil tepung gandum
  • 1/2 cawan kecil tepung jagung
  • 3 sudu besar tepung beras
  • Garam secukup rasa (untuk gaul dengan sotong dan dalam tepung)
  • Serbuk lada putih secukupnya
  • Serbuk lada hitam secukupnya
  • Serbuk kunyit secukupnya
  • Sebiji telur dipukul sedikit
  • Minyak untuk menggoreng
A picture containing indoorDescription automatically generated
Pilih sotong yang segar supaya rasanya lagi sedappp

Cara-cara:

1. Siang sotong dan hiris kasar (toskan betul-betul), gaul dengan sedikit garam.

2. Campurkan semua jenis tepung, garam, serbuk lada putih dan serbuk lada hitam.

3. Ambil secukupnya campuran tepung campurkan dengan telur yang dipukul.

4. Panaskan minyak.

5. Gaulkan sotong dengan campuran tepung dan telur.

6. Ambil sekeping-sekeping hirisan sotong dan salutkan dengan lebihan tepung yang tidak dicampur telur.

7. Goreng dalam minyak yang sudah panas dengan api yang sederhana.

8. Goreng sehingga warna sotong menjadi keemas an, angkat dan toskan minyak. Siap dah!

Tip:

1. Jangan masukkan sotong dalam jumlah yang banyak dan bertindih-tindih.

2. Pastikan sotong tenggelam dalam minyak. Pastikan minyak telah panas, kemudian sederhanakan api dapur.

3. Balikkan sotong apabila bahagian atasnya telah garing.

4. Angkat sotong yang telah masak/ garing dan toskan di atas penapis (jangan toskan di atas tisu dapur)

5. Bila minyak sudah betul tos, barulah boleh letak di atas tisu dapur atau pinggan hidang.