Menu minum petang special: Chocolate Cream Puff dengan Strawberry Cream

Minum petang ‘English style’? Pada yang mencari kelainan sajian minum petang, korang boleh cuba resepi ni. 

Bahan – bahan:

Puff Pastri

  • 120 gm mentega
  • 150 ml air
  • 170 gm tepung
  • 1 sudu besar serbuk koko
  • 5 biji telur
  • 1/4 sudu teh garam
  • 1 sudu teh gula kastor

Cara penyediaan:

  1. Ayak tepung dan serbuk koko, ketepikan
  2. Pukul telur, ketepikan (tak payah guna mesin, kocok-kocok guna pemukul telur sahaja)
  3. Satukan mentega, garam, gula dan air. Panaskan atas dapur hingga mentega larut dan biarkan mendidih. Kacau rata.
  4. Tutup api dan masukkan tepung bersama serbuk koko yang telah di ayak. Kacau adunan sehingga sebati. Nota: Kena kacau cepat-cepat gais, jangan bagi berketul. 
  5. Masakkan semula dengan api sederhana dan kacau hingga keluar kepingan nipis di dasar periuk.
  6. Tutup api dan alihkan dari dapur.
  7. Masukkan pula telur yang telah dipukul.
  8. Kacau rata hingga adunan licin dan berkrim
  9. Masukkan adunan dalam piping bag yang telah di letakkan nozel. Paipkan atas dulang yang telah dialas dengan baking paper.
  10. Masukkan dalam ketuhar yang telah dipanaskan pada suhu 220C.
  11. Turunkan suhu ketuhar pada 210C dan bakar selama 20 minit 
  12. Sejukkan atas redai setelah masak.

Bahan – bahan filling:

  • 1 cawan krim putar 
  • 2 sudu besar jem strawberry

Cara penyediaan:

  1. Pukul krim putar hingga kental
  2. Kaup krim putar dalam strawberry filling
  3. Masukkan dalam piping bag
  4. Potong cream puff dan letakkan filling
  5. Taburkan gula icing dan sedia untuk dihidangkan.

Selain dari potong cream puff, korang boleh jugak isi filling dia ala-ala bomboloni tu. Mudah sikit. Haa, sekarang boleh enjoy minum petang korang dengan sajian baru. Takde la asyik-asyik karipap atau ketayap je.