Bulan puasa je, memang automatik akan banyak lalu posting pasal makanan dekat sosial media. Walaupun sekadar air kosong, masa bulan puasa ni memang nampak sangat menarik dan menggoda.

Yang terbaru ni sis jumpa resepi terung goreng tepung. Selalu jumpa macam bayam goreng tepung kan? Haa , kali ni resepi rare yang memang sedap gila kalau dapat masa moreh atau berbuka.

Bahan-bahan:

  • 3 batang terung
  • 2 biji telur
  • serbuk roti
  • ½ cawan tepung
  • 2-3 sudu tepung jagung
  • Garam
  • Lada hitam
  • 1 sudu serbuk magic sarap

Cara penyediaan:

1. Kupas terung – buangkan kulitnya. Potong terung ikut saiz yang dikehendaki. Kena panjang-panjang sebab nak buat jejari kan?

2. Masukkan terung dalam air untuk elakkan warna bertukar jadi warna coklat.

3. Pecahkan telur dan masukkan garam bersama lada hitam. Dalam mangkuk lain bancuhkan tepung dengan tepung jagung dan magic sarap. Gaul rata. Dalam pinggan lain masukkan serbuk roti.

4. Golekkan jejari terung tu dalam bancuhan tepung, kemudian bancuhan telur sebelum salut dengan serbuk roti.

5. Goreng dalam minyak yang dah dipanaskan guna api sederhana. Balik-balikkan terung dan angkat bila dah nampak warna bertukar.

Siap untuk dihidang. Mudah je kan?

Yang tak tahu nak moreh apa tu, bolehlah cuba buat resepi ni. Makan panas-panas, dip pulak dengan mayonis + sos cili, memang kaw!

Kredit gambar & resepi: Minanang Sarap