Salah satu cara mudah untuk ikat samping yang boleh buatkan pasanganmu tertawan
Entri kali ini istimewa untuk bakal pengantin. Selalu masa raya je kan yang lelaki bersampin bagai. Nampak la kekemasan dan segak seorang lelaki itu! Tapi habis je bersalam semua, sampin semua terbang haha
Takkan la masa nak jadi raja sehari pun nak gaya samping yang sama macam hari raya kan? Jom kita ikat samping gaya bunga. Caranya pun mudah dan boleh minta mak andam, abang sedara atau yang terdekat tolong ikatkan.
Jom buat :
- Saring sampin macam biasa.
- Lipat ke dalam sampin ikut ketinggian lutut. Tak perlu labuh sangat. Orang kata tak hensem nanti!
- Lepas dah ngam, Tarik nafas pastu pin dengan safety pin (yang macam pin lampin baby tu) belah kanan perut pengantin.
- Lepas dah pin. Tarik hujung sampin tadi naik ke dada pengantin dan minta pengantin pegang. Kemaskan lipatan bawah tu.
- Ambil bengkung sampin. Jarumkan pakai peniti kat sampin tu.
- Kemudian, lilit keliling pinggang dan matikan dengan jarum peniti. Mengikut keselesaan pengantin juga ya.
- Gulungkan kain baki tadi.
- Pusingkan ikut putaran jam untuk jadi bentuk bunga. Jarumkan pakai peniti.
- Kemaskan baju dari dalam. Tarik bagi tegang dan siap!
Jangan cakap sis tak payung ye! Jangan lupa bagi ni kat pasangan korang dan minta dia belajar hehe Selamat mencuba! Ouh ye, dah cuba jangan lupa share gambar tau tau. Sis nak tengok gak hasil yang korang buat hehe
Sumber : https://www.facebook.com/photo.php?fbid=10209975169389405&set=pcb.10209975170149424&type=3&theaterhttps://www.facebook.com/PlanetPengantin/