Jaga badan dan kekal fit dengan rutin senaman 10 minit tanpa perlu ke gim.

Badan rasa berat? Nak pergi gim takde masa. Okay, penyelesaian mudah adalah lakukan senaman ringkas di rumah. 1 sessi senaman hanya perlukan 10 minit dari masa korang.

7 gerakan ini boleh bantu korang boost pembakaran kalori dalam badan dan meningkatkan kadar metabolisme. Apa yang bestnya, senaman ini tidak memerlukan sebarang peralatan seperti dalam gim. So korang boleh buat senaman ni kat ruang tamu atau dalam bilik.  

Mulakan dengan sesi memanaskan badan yang ringkas (2-3 minit lari setempat dan jumping jacks dah ok) kemudian korang semua boleh teruskan dengan senaman kat bawah ni. 

Standing Lunges

Mulakan dengan berdiri tegak. Langkah kaki kanan ke hadapan, lutut bengkok dan pastikan punggung sejajar dengan lutut kiri. Luruskan kaki dan kembali kepada posisi berdiri. Ulang dengan kaki kiri. Lakukan langkah ini selama 60 saat.

Rehat 15 saat.

A picture containing sword, skiingDescription automatically generated

Push-Ups

Mulakan dengan posisi high plank. Pastikan pergelangan tangan selari dengan bahu dan badan dalam garis lurus dari kepala ke kaki. Bengkokkan siku sehingga dada mencecah lantai. Lakukan langkah ini selama 60 saat.

Rehat 15 saat.

A close up of a logoDescription automatically generated

Jumping jacks

Berdiri tegak dengan tangan disisi. Lompat dengan kaki terbuka sambil hayunkan tangan ke atas. Kembali ke posisi berdiri tegak bila turun. Lakukan langkah ini selama 90 saat. 

Rehat 30 saat.

      Plank Taps

Mulakan denga posisi high plank, pastikan pergelangan tangan selari dengan bahu dan badan lurus dari kepala hingga kaki. Ampu berat badan dengan tangan kiri sambil mengangkat tangan kanan dan tepuk bahu kiri. Kembali ke posisi high plank dan lakukan langkah sama menggunakan tangan kiri. Lakukan langkah ini selama 60 saat. 

Rehat 15 saat.

Bicycle Crunches

Baring menelentang dengan tangan di belakang kepala, siku dilebarkan dan kaki dipanjangkan. Angkat badan, lengan dan kaki dari lantai. Bengkokkan lutut dan twist badan ke kiri. Pastikan siku kanan bertemu dengan lutut kiri. Ulang berselang seli antara kanan dan kiri. Lakukan langkah ini selama 60 saat

Rehat 15 saat.

Takde jalan pintas untuk kekal sihat. Jagan bagi alas an untuk tidak bersenam. 10 minit je gais. Amalkan setiap hari dan jaga makan, boleh lah tukar saiz baju lepas ni. No more XXXL!

A picture containing book, textDescription automatically generated

Jump Squats

Berdiri dengan kaki terbuka ke sisi selaras pinggang. Squat ke bawah dengan mendada dan lakukan lompatan. Mendarat dalam posisi mencangkung dan ulang semula. Lakukan langkah ini selama 90 saat.

Rehat 30 saat.

A picture containing skiingDescription automatically generated

Twisting Mountain Climbers

Mulakan dengan posisi high plank, pastikan pergelangan tangan selari dengan bahu, badan dalam posisi lurus dari kepala hingga kaki.angkat kaki kanan sehingga lutut bertemu siku kiri. Kemudian kembali ke posisi high plank dan ulang dengan kaki kiri. Lakukan langkah ini selama 60 saat.