Jangan ambil mudah cara penjagaan pakaian seperti yang syorkan pengeluar, ia mampu memanjangkan jangka hayat wardrobe anda.

Bila beli pakaian baru, korang check tak ‘care label’? Korang tau tak apa ‘care label’ tu? Biasanya pengeluar pakaian akan meletakkan care label di setiap keping pakaian yang mereka keluarkan bagi membantu pengguna mengenalpasti cara penjagaan fabrik tersebut.

Haaaa, bila basuh baju, jangan main campak jer. Tengok culu care label bagi memastikan usai membasuh, baju anda taklah ‘kecut’. Ada fabrik yang memerlukan cucian kering sahaja, ada yang tidak boleh direndam dan ada juga yang perlu dicuci dengan menterbalikkan pakaian tersebut.

A screenshot of a cell phoneDescription automatically generated

Sesetengah fabrik perlu dicuci dengan tangan atau tidak boleh terkena peluntur. Tersenarai kat bawah adalah simbol penjagaan yang biasa ada pakaian.

A screenshot of a cell phoneDescription automatically generated
A screenshot of a cell phoneDescription automatically generated

So, ingat yer. Jangan main cuci je. Rugi nanti, beli baju mahal-mahal rosak sebab tak pandai jaga.