Sejak Malaysia juga turut terkesan dengan wabak pandemik COVID-19 dan kenakan PKP untuk kurangkan kes jangkitan, jualan peralatan dapur dekat platform online memang meningkat berganda-ganda.

Dengan adanya sale, memang ramai yang ambil peluang beli oven, air fryer & segala jenislah peralatan dapur.

Kredit: Google Apis

Buat korang yang tengah tunggu abang posmen hantar oven depan pintu rumah, mesti excited kan? Tapi jangan sampai terlupa nak buat apa yang perlu korang buat sebelum guna oven baru tu.

  1. Buang/keluarkan segala yang membungkus oven tu termasuklah yang ada dekat dalam – plastik bungkus tray, manual dan sebagainya.
  2. Panaskan oven dengan suhu 200oC selama 1 jam atau 50oC-100oC dalam 5-7 jam tanpa apa-apa dekat dalam. Jangan risau oven meletup ke apa sebab dia akan stabilkan suhu. Tapi masa korang buat step ini pastikan korang ada dekat oven tu. 

Masa tu akan ada asap dan bau, tapi lagi sekali korang jangan panik. Tutup suis dan biarkan pintu oven terbuka. Lepas dah sejuk bolehlah lap dengan kain lembap untuk cuci.

  1. Masa tengah guna/panas, korang jangan sesekali lap cermin guna kain lap basah. Kang tak pasal-pasal cermin pecah sebab suhu yang berlawan.

Kalau korang pandai jaga, tak kisahlah oven murah bawah RM200 pun boleh tahan lama tau. Berbanding beli oven mahal tapi tak jaga, memang cepatlah dia rosak.

Itu je.