Eye makeup ni ada power yang boleh buat makeup korang nampak lain dan extra.
Eye makeup ni step up your makeup game. But if korang baru berjinak jinak dengan makeup, eye makeup akan jadi something yang leceh untuk korang buat. Yelah, nak fikir nak pakai eyeshadow warna apa, or berus apa yang korang perlukan untuk buat eye makeup. Kadang kadang bila buat eyeshadow ni, takut ter over lah, takut mata nampak kena tumbuk lah and macam macam lagi. So, untuk post kali ni, sis nak share dengan korang terutama yang beginners tu step by step tutorial mudah untuk eyeshadow makeup.
Apa yang anda perlukan?
- Eyeshadow primer
- A nude eyeshadow
- Medium brown eyeshadow
- Burgundy eyeshadow
- Fluffy blending eyeshadow brush
- Brown kohl liner
- False eyelashes
- Mascara
Langkah pertama : Apply Primer untuk Eyeshadow
Untuk dapatkan base eyeshadow yang smooth, so the first thing korang kena buat is apply primer dekat kelopak mata. Prepping kelopak mata dengan primer ni penting so that eye makeup korang boleh stay lama and nampak lagi ‘naik’.
Langkah kedua : Apply Nude Colour sebagai Base untuk Eyeshadow (Transition Colour)
Guna fluffy blending brush untuk apply eyeshadow yang warna nude, seakan skin tone korang and blend dekat seluruh atas kelopak mata korang. Step ni akan membantu warna eyeshadow untuk tahan lebih lama and warna akan nampak lebih intense dan cantik.
Langkah ketiga : Enhance the Crease
Apply warna coklat yang lebih ‘deep’ dekat area eye crease korang menggunakan fluffy blending brush. Apply jugak warna tu dekat lower lash line (bahagian bawah mata) korang and blend, especially towards outer corner mata korang.
Langkah keempat : Add Some Colour
Apply warna yang lebih gelap (dalam gambar ni warna burgundy) and focus dekat area outer corner mata korang dengan menggunakan fluffy brush so that colour tu boleh blend dengan colour yang korang dah apply sebelum tu. Gently apply eyeshadow from the outer corner mata korang towards area eye crease. Gunakan warna yang sama untuk lower lash line jugak.
Langkah kelima : Create a Gradient
Apply warna nude yang korang guna masa step kedua tadi dekat seluruh kelopak mata korang. And guna colour yang sama dekat area warna gelap tadi untuk create softer effect so takde lah nampak berbirat gelap warna eyeshadow korang nanti.
Langkah keenam : Define Your Lower Lash Line
Guna black or brown Kohl pencil and apply dekat waterline korang. Make sure korang smudge elok elok dekat area waterline tu so korang boleh achieve smokey eye effect yang cantik.
Langkah ketujuh : Intensify Your Lashes
If korang suka nampak extra dan pandai pakai false lashes, korang boleh lah letak. Tapi if korang suka natural look and tak suka nampak extra sangat, korang boleh apply mascara. Yang ni korang biasa buat kan? So senang je.
So after dah siap eye makeup, korang boleh teruskan dengan face makeup pulak. Bronzer, highlighter blusher, lipstick dan lain lain.
Tadaaa! So ni lah final look yang korang boleh achieve if korang ikut steps yang sis share tadi. Cantik kan?
Sooo, itu saja untuk post kali ni. Hopefully korang belajar something hari ni dan boleh practice selalu so that korang akan mahir dan boleh create eye makeup look yang lain pulak. Jumpa lagi! Bye!