Ini cara sihat dapatkan aset yang mantap, cucuk-cucuk tak aci okay

Biasa kita tengok je retis ada punggung yang cantik. Mulalah berangan nak benda yang sama. Semua boleh capai sis, yang penting ada usaha. 

Senaman yang dikongsi kat bawah ni boleh tolong mantapkan punggung yang lebar. Maklumlah, biasa kalau kat opis tu duduk jer kan. So, ni senaman mudah untuk mulakan rutin senaman punggung. Good luck!

A person sitting on a railingDescription automatically generated

The Hip Squat

Ambil posisi berdiri.  Kemudian,buka sedikit kaki selebar bahu. Turunkan badan sehingga lutut membentuk sudut 90 darjah.

Kemudian,pegang lutut dan kekalkan posisi selama 2 minit lalu kembali ke posisi berdiri. Lakukan sebanyak 20 kali.

A picture containing window, indoor, personDescription automatically generated

The Back Kick

Cari meja setinggi punggung. Posisikan diri menghadap ke meja sambil kedua-dua tangan memegang meja tersebut. Angkat secara perlahan kaki sebelah kanan ke atas sehingga lutut membentuk sudut 90 darjah.

Biarkan punggung tetap lurus dan kekalkan posisi selama 2 minit. Lakukan posisi yang sama dengan menggunakan kaki kiri pula. Ulangi sebanyak 10 kali bagi kaki kanan dan 10 kali bagi kaki kiri.

A picture containing person, skating, outdoor, groundDescription automatically generated

Trampoline

‘Trampoline’ sangat baik untuk peredaran darah dan oksigen, pembakaran lemak dan kalori serta membentuk kaki dan pinggul yang cantik. Anda cuma perlu melompat paling kurang selama setengah jam untuk setiap sesi.

A picture containing person, building, floor, youngDescription automatically generated

Senaman Baring

Baringkan badan secara mengiring di atas lantai dengan sebelah tangan ke atas dan berbantalkan lengan anda sendiri. Kemudian,angkat kaki kanan ke atas setinggi yang boleh,tarik nafas dan pusingkan kaki yang diangkat tadi mengikut arah pusingan jam.

Gerakkan seluruh kaki tanpa menggerakkan pinggul. Lakukan gerakan yang sama dengan menggunakan kaki kiri. Ulang gerakan 10 kali untuk kedua-dua belah kaki.

A person jumping in the airDescription automatically generated

Naik Turun Tangga

Dengan hanya melakukan senaman menaiki tangga selama 5 ke 10 minit sehari boleh mengecilkan punggung lebar dan pada masa yang sama baik untuk kesihatan jantung.

Pemakaian kasut tumit tinggi juga boleh membantu untuk membentuk otot betis dan paha sekaligus untuk punggung. Tapi ingat, pastikan kasut tumit tinggi tidak melebihi 2 inci kerana ia boleh mendatangkan bahaya yang lain.

Paling penting,amalkan kesemua senaman yang diberikan sekurang-kurangnya sebanyak empat  kali seminggu. Jangan skip yer!