Bertudung tidak bermakna kita boleh membiarkan rambut berada dalam keadaan tidak terurus.

Wanita bertudung pun ada masalah berkaitan rambut. Kulit kepala gatal, rambut gugur, berbau dan kelemumur adalah yang biasa kita dengar.

Walaupun bertudung, jangan abaikan penjagaan rambut okay. Selain dari menimbulkan rasa tak selesa, penjagaan rambut yang tidak sempurna boleh membuat korang hilang keyakinan diri. Takkan nak nampak cantik berhijab tapi bila buka tudung di rumah…kepala separuh botak? Dan sebelum pasangan tegur tentang bau yang datang dari sebalik hijab yang cantik tu, baik kita ambil tahu cara penjagaan rambut yang betul. 

Sis share ngan korang tips sempurna untuk memastikan mahkota kita sentiasa fabulous. So hijabistas, pay attention!

TIPS 1: Tak perlu cuci rambut setiap hari, selang sehari sangat ideal. Apa yang penting adalah pastikan korang gunakan teknik yang betul. Ratakan syampu dan urut lembut kulit kepala. Elak guna kuku sebaliknya gunakan hujung jari supaya kulit kepala tidak cedera. Buat selama beberapa minit sebelum bilas.

TIPS 2: Sebelum cuci rambut, seeloknya sikat terlebih dahulu bagi menguraikan rambut yang kusut. Ini bagi mengurangkan rambut yang gugur semasa memakai syampu. 

TIPS 3: Pilih syampu yang bersesuaian dengan kulit kepala dan rambut anda. Sebaiknya, gunakan syampu yang dirumus khas untuk wanita bertudung. Kenalpasti tahap kerosakan rambut. Sekiranya korang-ragu-ragu, boleh dapatkan nasihat pakar.

TIPS 4: Elakkan mencuci rambut dengan air yang panas kerana ia mampu membuat tekstur rambut korang menjadi lebih kasar dan kering. Cuci sahaja dengan air sejuk.

TIPS 5: Jangan sanggul atau ikat rambut yang basah. Pastikan rambut betul-betul kering sebelum memakai tudung. Keadaan rambut yang basah dan tertutup boleh menyebabkan kelemumur. Ia juga punca hujung rambut bercabang disamping boleh menyebabkan kepala berbau. Kulit kepala juga akan jadi lebih berminyak! 

TIPS 6: Pilih material yang sesuai untuk anak tudung atau inner. Anak tudung yang diperbuat dari kain kapas biasanya lebih sesuai kerana ia mampu menyerap peluh. Keadaan ini mampu mengelak kepala dari berkuap dan mengeluarkan bau kurang enak. 

TIPS 7: Bila memilih tudung atau shawl, pastikan materialnya nipis dan ringan. Praktikan ikatan atau lilitan tudung yang tidak terlalu ketat supaya tiada tekanan berlebihan pada kulit kepala. 

TIPS 8: Jangan ikat rambut terlalu ketat! Gunakan pengikat rambut dari fabrik baldu atau satin. Ikatan rambut yang terlalu ketat dalam jangkamasa yang lama boleh menyebabkan rambut gugur. 

TIPS 9: Jaga pemakanan. Diet yang seimbang bukan hanya bagus untuk tubuh badan tapi juga kesihatan rambut. Ambillah makanan tambahan yang mengandungi Vitamin B, C, E dan Omega 3.

Sekarang korang dah tau. Tak susah pun, cuma perlu lebih prihatin dengan kondisi rambut dan pilih produk penjagaan yang bertepatan. Harap-harap tips yang sis share ni dapat membantu hijabista macam kita. Kalau korang ada tips lain, boleh la kongsi yer.