Jangan pandang rendah senaman skipping, mudah dan salah satu cara paling efektif untuk turunkan berat badan.
Bila last korang guna tali skip untuk exercise? Tahu tak skipping ni antara aparatus senaman paling murah tapi sangat berkesan kalau korang nak bakar lemak ngan cepat.
10 minit sesi senaman membakar antara 70 hingga 110 kalori. Kalau rajin buat selama 1 jam dan bakar sehingga 1000 kalori!
Senaman guna tali skip ni pun boleh bantu baiki system kardiovaskular, tambah stamina, fleksibiliti dan bina system koordinasi yang lebih baik.
Ia juga bagus untuk menguatkan tulang, otot peha, pinggul dan betis. Siapa yang nak kaki nampak cantik, ini senaman paling mudah untuk korang amalkan.
Cara-cara:
- Lakukan aktiviti regangan dan pergerakan memanaskan badan terlebih dahulu untuk elak cramp
- Pegang kedua-dua hujung tali di antara ketiak dan siku. Pijak untuk pastikan ukuran yang sesuai.
- Lompat pada ketinggian tidak melebihi 30 sentimeter.
- Lakukan senaman dengan iringan music kegemaran korang, terutama yangb rancak supaya pergerakan akan lebih seronok.
- Tukar cara melompat setiap 30 saat bagi mengelakkan rasa bosan.
- Sudahi senaman dengan regangan dan aktiviti menyejukkan badan.
Senang je kat. Boleh buat kat ruang tamu sambil tengok video music k-pop. Lompat-lompat dah kurus hahahah.