Berpantang cara tradisonal atau moden, kedua-duanya membantu untuk wanita kembali sihat.

Jangan mengeluh bila orang-orang tua suruh berpantang. Tak kira korang bersalin cara normal atau pembedahan, ada cara untuk korang melalui fasa penyembuhan. Penjagaan dari sudut makanan, pergerakan mahupun penjagaan fizikal badan adalah penting untuk memastikan korang dapat kembali sihat dan bertenaga.

Antara cara yang biasa diamalkan dan terbukti baik untuk proses pemulihan termasuklah:

A picture containing clothing, person, indoor

Description automatically generated
Pemilihan bengkung adalah bergantung pada keselesaan dan kemampuan masing-masing.

1. Pakai bengkung

Amalan memakai bengkung ini dilakukan bagi membentuk semula badan serta mengurangkan pergerakan bagi membantu pemulihan luka pada faraj. Kalau bersalin secara pembedahan, korang boleh dapatkan nasihat doktor sebelum memilih untuk memkai bengkung kerana takut menganggu luka pada perut.

Seiring dengan peredaran masa, korang boleh pilih bengkung moden dengan cangkuk atau pelekat Velcro. Kelebihan bengkung ini adalah senang dipakai. Tapi sebenarnya lebih selesa kalau berbengkung cara tradisional, dengan 15 meter kain belacu melilit abdomen.

2. Bertungku

Amalan ini bertujuan untuk mengeluarkan angin dalam badan, membantu mengecutkan rahim dan melembutkan urat yang tegang. Ia harus dilakukan dengan lembut dan elakkan menekan bahagian rahim.

3. Jamu dan ubat periuk

Pengambilan jamu dan ubat periuk bukan saja membantu mengembalikan tenaga dan memanaskan badan, ia juga mampu mengeluarkan lemak, toksin serta memudahkan membuang air besar. Jangan risau, herba semulajadi.

Berurut bukan sahaja membuatkan badan rasa lebih segar, ia juga memberi ketenangan minda.

4. Urut

Berurut ketika dalam proses pantang bersalin membantu memulihkan aliran darah, mengeluarkan angin, memulihkan sakit otot, sendi serta saraf di pinggang, tumit dan lutut. Berurut juga memberi ketenangan. Korang boleh gunakan essential oil untuk rasa lebih relaks. Rasa macam rawatan spa! 

5. Sayuran, buah-buahan dan ulam

Tambahkan lebih banyak sayur-sayuran dalam diet korang. Ia merupakan sumber vitamin, mineral dan anti-oksidan yang membantu mempercepat proses pemulihan. Begitu juga dengan ulam-ulaman seperti daun pegaga, pucuk mengkudu, ulam raja dan daun sekentut. Jangan lupa makan buah! Penting untuk fiber dan mengelak sembelit.

6. Ikan haruan

Ikan haruan telah diketahui ramai tentang khasiatnya memulihkan luka dalaman dan luaran. Kalau dapat sup ikan haruan lagi power. Kalau tak cukup sekadar meminum pati ikan haruan yang korang boleh beli kat farmasi.

Antara yang patut dielakkan semasa proses berpantang:

Makanan pedas dan berminyak

Mengelak makanan pedas dan berminyak ketika dalam proses pantang bersalin mampu mengurangkan kekerapan meneran untuk membuang air besar. Meneran ketika membuang air besar akan menyulitkan keadaan.

Food on a table

Description automatically generated
Ambil makanan laut secara berserdahana atau elakkan terus sekiranya ada alergi.

Makanan laut dan ikan yang ‘gatal’

Kalau korang takde alergi tak mengapa. Tapi pada yang tak boleh ‘tahan’ dengan makanan laut, tak perlulah gatal nak cuba. Takut timbul kegatalan pada luka bersalin. Korang berani ke nak garu? 

Banyak bergerak

Jangan banyak bergerak ketika pantang bersalin! Ini untuk mengelakkan luka bersalin daripada lambat sembuh atau jahitan pada faraj terkoyak disebabkan pergerakan, terutama aktiviti lasak.

Tapi ini tidak bermaksud korang ada lesen untuk berbaring sepanjang hari, cuma bataskan pergerakan. Berjalan tu perlu supaya atot-otot dapat berfungsi dan badan lebih cergas. Senaman ringan juga tidak salah asal sahaja korang tak terlalu aktif.

Persoalan samaada korang nak berpantang atau tidak, jawapannya terpulang pada individu. Korang sebenarnya boleh pilih mana-mana yang membawa kebaikan dan teruskan. Mana yang mengarut tu tak perlulah. Apa yang penting, masa berpantang dan penjagaan diri selepas bersalin adalah penting supaya korang sihat kembali. So gais, tepuk dada tanya selera!