Bosan dengan bomboloni atau scone? Dah sampai masa balik pada dessert turun temurun kita.

Tak ramai yang layan makan pengat sekarang ni, banyak yang tukar selera pada dessert barat. Tapi akak share resepi pengat nangka oleh Puan Iza Akma dari Singgahsana Kitchen ni dengan harapan dessert tradisi kita tak hilang di telan kemodenan.

Bahan-bahan:

  • 14 ulas Nangka, dipotong memanjang
  • 1 tongkol jagung, ambil isinya sahaja
  • 5 sudu makan sago, basuh dan toskan
  • 200gm gula melaka
  • 3 cawan air
  • 1 cawan santan pekat
  • 1 helai daun pandan, disimpul
  • Sedikit garam

Cara Penyediaan:

  • Rebus isi jagung sehingga lembut. 
  • Bila dah lembut, masukkan gula melaka dan masak sehingga gula larut.
  • Masukkan sago yang telah dibersihkan dan daun pandan. Masak sehingga sago menjadi jernih.
  • Masukkan santan dan sedikit garam. Kacau sehingga hamper mendidih dan masukkan Nangka.
  • Kacau untuk beberapa minit dan matikan api.
  • Siap untuk dihidang.
A bowl of food on a plate

Description automatically generated

Pekena pengat dengan kopi o panas untuk minum petang bersama keluarga memang best. Tak susah pun nak buat. Selamat mencuba gais!