Nak tau senaman yang sesuai untuk kecikkan saiz peha? Cuba aktiviti kat bawah ni.
Muka comey, badan pun dah slim…tapi peha, susah betul nak kecik. Ini masalah biasa kaum perempuan. Lemak kat peha ni degil dia lain macam.
Nak tau senaman yang sesuai untuk kecikkan saiz peha? Cuba aktiviti kat bawah ni. Alang-alang nak kecikkan peha, buat sekali untuk punggung.
Senaman kardio secara konsisten akan dapat membakar lemak betis,peha dan perut. Adalah lebih elok dilakukan setiap hari untuk mempercepatkan proses mengecilkan ukuran.
Antara senaman yang boleh dilakukan adalah
- Berjogging
- Berbasikal
- Lompat tali (skipping)
- Kickboxing
- Berenang
Selain dari aktiviti tu, korang boleh jugak amalkan senaman ni:
- Lunges
Sasaran senaman ni adalah untuk membakar lemak di bahagian kaki dan peha.
- Jumping Squat
Senaman Jumping Squat ini yang paling saya suka. Ia akan membantu mempercepatkan pembakaran lemak di peha dan perut. Pastikan posisi badan tegak semasa buat squat. Sekiranya posisi tidak tegak, selain boleh mengakibatkan salah urat, ia juga tak beri kesan semaksima yang diingini.
- Kerusi bayangan
Berdiri tegak sambil bersandar pada dinding.
Rehatkan tangan pada dinding dan turunkan badan perlahan-lahan. Turunkan badan sehingga kedudukan badan seperti sedang duduk. Bayangkan anda sedang duduk di atas kerusi.
Bila anda sudah ‘duduk’, cuba bertahan selama mana yang anda boleh sebelum anda berdiri tegak semula. Pastikan badan anda tegak semasa ‘duduk’. Cuba capai 10 saat pada permulaan, dan bertahan sehingga 1 minit setelah melakukannya beberapa kali. Lakukan 5 kali setiap hari.
- Pergerakan “menggunting”
Latihan ini menumpukan bahagian peha sebelah dalam. Senang sangat! Baring atas lantai dengan kedua belah tangan di sisi. Angkat kedua belah kaki lebih kurang 45 darjah. Bayangkan pergerakan gunting semasa memotong kertas. Silangkan kaki anda dengan kaki kanan bersilang di atas kaki kiri. Kemudian, tukar kaki kepada kaki kiri pula bersilang di atas kaki kanan. Ulang langkah ini 12 – 15 kali untuk setiap set.
- Pusingan bulatan
Baring mengiring di atas lantai dengan sebelah tangan anda ke atas (gunakan lengan sebagai bantal) dan letakkan tapak tangan sebelah lagi di atas lantai di hadapan perut anda. Angkat sebelah kaki ke atas setinggi yang boleh. Tarik nafas, dan pusingkan kaki yang anda angkat itu mengikut pusingan jam. Gerakkan seluruh kaki tanpa menggerakkan pinggul anda. Buat pusingan jam sebanyak 5 kali sebelum ulang langkah tersebut menggunakan kaki yang sebelah lagi pula. Lakukan sehingga 10 set jika boleh.
- Pakai kasut tinggi!
Pakai kasut tinggi boleh membentuk otot betis dan peha. Tapi ingat, elak kasut tinggi yang melebihi 2 inci kerana tumit kasut yang terlalu tinggi boleh memberi kesan buruk kepada kaki dan postur badan.
- Melompat di atas trampoline
Melompat di atas trampoline ini sangat baik untuk peredaran darah dalam badan, pembakaran lemak, meningkatkan metabolism, mengurangkan selulit dan membentuk kaki yang cantik. Lakukan aktiviti ini selama setengah jam dapat membakar hampir 200 kalori dalam badan!
Bersenam sahaja tak cukup tau, jaga pemakanan pun penting okay. Latihan yang disusuli dengan pemakanan sihat membolehkan korang mencapai saiz peha idaman dengan lebih cepat.