Pokok ini boleh buat rumah kurang habuk…

Menanam pokok ternyata boleh menjadikan mood seseorang itu menjadi lebih positif secara automatik! 

Sebab apa? Kerana interaksi antara manusia dan tumbuh-tumbuhan dapat mengalirkan aura positif dan badan kita akan jadi lebih sihat. 

Tetapi, menanam pokok bukan sahaja boleh diletakkan di luar rumah, malah terdapat beberapa jenis tumbuhan yang sesuai juga untuk diletakkan di dalam rumah.

Salah satunya adalah Snake Plant yang telah diiktiraf oleh NASA sebagai salah satu jenis pokok yang boleh hilangkan toksin dan cuci udara di dalam rumah. Sekali pandang macam pokok lidah jin bukan? Namun, kategori dan jenisnya dari segi saintifik adalah sedikit berbeza.

Tapi ada cara macam mana nak pindahkan Snake Plant ke pasu yang lebih kecil dan sesuai untuk dalam rumah.

1.   Pokok ni ambil dekat rumah mak. Dah tak ada pasu. Kalau tak tau mana nak dapat, pergilah singgah nursery pokok. Sepasu snake plant RM15 dah boleh dapat.

2.   Mana bahagian akar terkeluar macam dalam gambar potong je akarnya.

3.   Ni hasil yang potong dengan akar.

4.   Tak dapat akar, potong daun. Bahagian bawah potong menyerong. Potong menyerong supaya lebih permukaan pada hujung batang daun. Senang nak serap air dan nutrien bila dah cucuk dalam tanam.

5.   Jenis pasu berlubang.

6.   Tutup lubang dengan surat khabar.

7.   Masukkan tanah ¾ penuh.

8.   Daun yang dah potong tadi. Cucuk-cucuk je dalam tanah.Ikutlah kreativiti tangan masing-masing. Janji cucuk daun tu tak tumbang.

9.   Dah siap cucuk. Bawa masuk dalam rumah. Alas pasu dengan alas. Nak elak kalau terover siram, air tak lah meleleh atas rak tu. Tapi pokok ni tak siram 2 minggu pun dia boleh hidup lagi. Snake plant tak suka air banyak. Jadi siram tu sekadar bagi tanah lembap sudahlah.

Selamat mencuba! 

Sumber: Huda Zainal

uols mungkin berminat baca:
5 kebaikan makan jamu di usia muda
Tak mampu beli mask, orang asli Mexico anyam sendiri guna daun