Kalau baru nak belajar buat kek, resepi kat bawah ni paling sesuai untuk korang, ringkas dan mudah.
Mengidam Kek Coklat Kukus? Mana idaknya, bayangkan rasa coklat yang moist lepastu ada pulak topping meleleh atas dia yummmmyyyy!
Apa kata buat sendiri kat rumah. Bahan – bahannya senang je nak cari dan cara penyediaan pun tak lah susah sangat. Resepi ni sesuai untuk mereka yang baru nak berjinak-jinak belajar buat kek. Tambah skill sis…?
Bahan untuk kek:
- 1 mug minyak masak
- 1 mug susu cair
- 1 mug susu pekat
- 1 mug serbuk koko
- 1/2 mug gula pasir dikisar halus dulu
- 4 biji telur gred A @ B
- 1 1/2 sudu teh baking powder
- 1 1/2 sudu teh soda bicarbonate
- 1 sudu teh esen vanila
- 1 1/2 mug tepung gandum yang telah diayak
Bahan untuk topping:
- 8 sudu besar serbuk koko
- 10 sudu besar susu pekat
- 6 sudu besar minyak masak
- 4 sudu besar susu cair
Cara penyediaan:
- Campur semua bahan ke dalam mixer kecuali tepung. Kacau selama 5 minit. Kalau korg takde mixer, pakai je blender.
- Kemudian tuangkan adunan kedalam mangkuk yang besar.
- Masukkan tepung sedikit demi sedikit sampai habis dan kacau sebati.
- Sapukan acuan atau loyang dgn butter atau minyak. Nota: Jangan lupa tutup loyang dgn plastic wrapping untuk elakkan air masuk ke dalam kek.
- Panaskan air didalam periuk kukus dan kukus selama 1 jam atau sampai betul – betul masak.
- Nota: Anda boleh panaskan air semasa memulakan proses mencampur adunan kek kerana proses penyediaan kek ni sekejap je.
Cara membuat topping:
- Campur semua ke dalam periuk dan kacau dengan api yang perlahan.
- Kacau sehingga sebati.
- Potong kek menjadi 2-3 lapisan. Kemudian, tuangkan topping berselang seli antara kek dan juga dibahagian atas.
- Siap dan sedia untuk dimakan!