Ada yang melihat amalan bersengkak sebagai tidak relevan lagi tapi lebih baik dari ambil risiko alami prolapse.

Masa anak pertama akak memang ikut pantang orang dulu-dulu, maklum masa tu mak jaga. 44 hari tu rasa lama sangat. Banyak yang tak boleh buat, semua kena ikut cara mak. Jalan pun perlahan macam orang Jepun yang pakai kimono tu.

A picture containing clothing, person, indoor

Description automatically generated

Tapi bila anak kedua, mak pun dah tak larat, akak pantang cara moden lah. Tak bersengkak, tak berurut, tak bertungku, makan lagi lah. Apa yang rasa nak makan, bedal jer. Bengkung jauh sekali uols.

Lagipun ada doktor yang glamour tu pulak cakap tak payah pantang-pantang ni. Amalan kuno. Sekarang kalau lepas bersalin kita cuma perlu dapat udara yang segar, rehat dan bersenam sikit dah cukup. Makan boleh bantai apa saje yang berkenan kat tekak.

Masuk seminggu badan mula rasa semacam. Seram sejuk ngan bisa-bisa. Aduhhh…kepala mulalah fikir yang bukan-bukan. Bentan aku ni! Menyesal pun ada tak ikut pantang macam mak. Nak panggil orang datang urut takut pasal dah lama. Mesti sakit gila lah. 

Husband bawak pergi klinik. Sedihnya tu pasal kena sound dengan doktor. Dia tanya akak tak pantang ker? 

Berkerut muka dengar soalan doktor tu. Bukan ker doktor kata tak payah pantang pun takpe….binggung jap akak. Mana satu akak nak dengar, ikut pantang ke tak payah?

Habis check up, doktor kata nasib baik akak datang cepat. Pasal apa tau korang. Akak hampir kena prolapse. Tenganga akak dengar. Pada yang tak tau prolapse adalah keadaan dimana rahim terkeluar dari vagina. Orang melayu panggil tombong! Kalau korang nak tau macammana rupe dia korang google la sendiri. Geli akak tengok.

Dapatkan nasihat doktor untuk maklumat lanjut mengenai masalah prolapse

Nasib baik lah tak serius lagi masa tu. Apalagi, balik je terus cari tukang urut. Mula-mula dia pegang untuk urut perut rasa macam nak menagis dik sakitnya. Susah akak nak gambarkan. Tiga hari dia urut badan akak barulah dia sengkak naikkan rahim. 

Perlahan-lahan dia naikkan peranakan balik ke tempat asal. Barulah badan rasa sedap, perut rasa kosong dan selesa. Lepas je tu panjang lebar ‘nasihat’ dia kat akak. Jangan angkat benda berat-berat, jaga makan, bertungku dan berbengkung. Dia kata tak rugi apa pun kalau ikut. Anggap je tu macam rutin penjagaan diri. 

Mak akak senyum je bila akak cerita kat dia. Siap perli lagi, itulah nak moden sangatkan. Badan yang tanggung sengsara. Nasib baik laki tak cari lain! Hahaaa…mak akak memang suka bergurau kasar.

Tapi akak faham lah maksud dia. Kalau kita tak jaga badan elok-elok macammana nak sihat. Mungkin bila sampai bab berpantang lepas bersalin ni kita kena ambik amalan yang elok orang dulu-dulu. Bukannya syirik pun kan.

Mak pesan kat akak supaya banyak minum jamu, kalau nak badan cantik minum air kunyit, minum air rebusan inai dan daun sireh. Tapi kita sekarang ni malas. Nak minum ais blended jer hahahaha. 

Mungkin ramai yang tak percaya cara lama dan berpantang  ni tapi tulah bila dah kena batang hidung sendiri baru nak beringat. 

A screenshot of a cell phone

Description automatically generated

Satu lagi akak nak pesan, rajin-rajin lah buat senaman kegel ni. Taknaklah nanti suami komplen, umur baru 30-an tapi dah macam nak masuk 50. Sakit belakanglah, sakit kakilah…kena jaga yer dik.