Ulam-ulaman ni memang terbukti banyak khasiat dan boleh membuatkan seseorang tu nampak muda sentiasa.

Kak Jah ingat lagi, arwah opah ada sorang jiran ni dan rambut nenek tu masih lagi hitam dan wajahnya tak banyak kedutan walaupun dah berusia 79 tahun!

Rahsianya ialah makan ulam-ulaman. So, harini Kak Jah nak share dengan mommies semua 7 jenis ulam yang membantu wajah untuk kelihatan lebih muda.

1.  Pegaga

A close up of a tree

Description automatically generated

Pegaga antara ulam kegemaran ramai, di makan begitu sahaja atau dijadikan kerabu. Pegaga boleh detox toksin dalam badan, seterusnya menjadikan kulit cantik.

2.  Ulam Raja

A green plant in a garden

Description automatically generated

Ini salah satu ulam kegemaran Kak Jah. Ulam ini memang sedap dimakan bersama sambal belacan dan ikan bakar. Antara khasiat ulam raja adalah meremajakan kulit wajah agar kelihatan awet muda.

3.   Jantung Pisang

A plate of food on a table

Description automatically generated

Kebiasaanya jantung pisang dimasak sebagai sayur atau dicelur untuk dijadikan ulam memandangkan ia tidak boleh dimakan mentah. Ia mengandungi serat yang tinggi dan sesuai untuk membantu mereka yang mempunyai masalah sembelit.

4.  Daun Selom

A bowl of salad on a plate

Description automatically generated

Daun selom ini memang popular di kalangan penggemar ulam. Daun selom antara ulam yang mudah ditanam dan membiak dengan cepat. Ia kaya dengan pelbagai nutrien antaranya kalsium dan vitamin C yang membantu meningkatkan imunisasi dan juga mencantikkan kulit.

5.  Timun

A green apple on top of a wooden cutting board

Description automatically generated

Sebut sahaja timun, semua orang tahu. Ulam yang paling senang didapati dimana-mana dan sesuai dipadankan sebagai hidangan sampingan dengan pelbagai jenis masakan. Timun dipercayai mempunyai banyak manfaat, antaranya mampu mengatasi masalah sembelit dan gastrik.

6.  Petai

A bunch of green bananas

Description automatically generated

Walaupun petai mempunyai bau yang tidak menyenangkan, namun ia kaya dengan khasiat yang dapat membantu meremajakan kulit dan menurunkan tekanan darah.

7.  Bendi Rebus

A bowl of food with broccoli

Description automatically generated

Selain membantu meremajakan kulit wajah, khasiat bendi adalah menguatkan ingatan dan meningkatkan kecergasan memori. Ia juga sumber makanan yang baik untuk mereka yang mengalami masalah sembelit, membantu merawat ulser, megurangkan darah haid berlebihan, meningkatkan kesuburan dan melegakan bengkak dan radang.

Jadi, siapa yang tak makan ulam ni memang rugi! Jomlah tambahkan ulam dalam makanan harian kita ya.