Kuih ketayap sememangnya merupakan salah satu kuih tradisi yang cukup enak. Kulit luarnya yang nipis dengan inti kelapa yang manis menjadikan ia kuih yang cukup sesuai dinikmati semasa sarapan pagi atau pun minum petang.
Okay di sini min nak share resepi kuih ketayap yang dikongsikan oleh chef Instagram popular, @surianti_kitchen.
Semoga bermanfaat!
Inti ketayap :
-1/2 cawan air
-3/4 cawan gula merah
-Garam
-1 helai daun pandan
-1 biji kelapa parut
-3 sudu besar tepung jagung (atau tepung gandum)
Kulit ketayap :
-1 cawan tepung gandum
-1 cawan air daun pandan + 2 titis pewarna hijau (3 helai daun pandan kisar dengan air biasa, tapiskan untuk mendapatkan airnya)
-1/2 cawan santan pekat
-2 biji telur
-1/2 sudu kecil garam
-Minyak masak untuk disapu pada kuali (sis gunakan kuali non stick & sapukan 1 sudu besar minyak, hanya sapu sekali saja masa mula mendadar)
Nampak menarik kan? Selamat mencuba!