Tidak dinafikan, highlighter sememangnya mempunyai auranya yang tersendiri. Satu calitan highlighter pada tempat yang betul memberikan impak yang cukup berbeza pada solekan wajah. Namun, calitan dengan cara yang salah pula akan membuatkan wajah nampak terlalu bersinar dan pelik. Kali ini, SW nak kongsikan dengan uols semua teknik aplikasikan highlighter dengan betul pada wajah to achieve that glowy and dewy complexion.
– Cari tone highlighter yang betul
Haa ramai tak tahu tips ni kan? Sama seperti foundation yang ada neutral, warm dan cool tone, highlighter pun ada tone yang berbeza-beza tau. Sebab tu adakalanya sesetengah highlighter yang dipakai nampak tak kena pada wajah. Jadi, ikutlah tona kulit anda. Contohnya, jika anda memiliki tona kulit warm, highlighter dengan warna sedikit gold akan nampak sangat cantik pada kulit anda. Kalau tona cool pula, highlighter yang sedikit pink adalah pilihan paling sesuai. Kalau neutral tone pula, anda memang bertuah sebab apa-apa tona highlighter pun akan nampak cantik pada kulit anda. Jadi, pilih betul-betul!
– Gunakan berus yang kecil dan fluffy
Highlighter memiliki tekstur yang berkilat dan ia cukup mudah melekat pada berus biarpun diamil dalam kuantiti yang sedikit. Oleh itu, penggunaan berus yang betul amat penting tau bagi mengelak terambil produ yang terlalu banyak. Gunakan berus kecil, jangan pakai berus besar okay sebab nak sapu dekat bahagian yang kecil sahaja pada wajah. Nanti berkilat pulak seluruh muka!
– Pakai highlighter sebelum pemerah pipi
Tips seterusnya ialah dengan memakai highlighter sebelum pemerah pipi. Eh? Bukan kena letak pemerah pipi dulu ke? Okay tips daripada seorang jurumekap profesional dari UK bernama Frankel ini adalah untuk sapu highlighter dahulu sebab ia akan menjadikan wajah dibingkai cantik dan anda akan lebih nampak tulang pipi. Jadi, ini akan memudahkan anda menyapu merah pipi selepas itu.
– Tersapu banyak sangat highlighter? Gunakan bedak untuk kurangkan efek kilat
Adakalanya, kita tanpa sengaja akan tersapu banyak sangat highlighter pada wajah. Jangan panik atau terus sapu highlighter tersebut kerana ia akan merosakkan keseluruhan makeup anda. Cara terbaik ialah dengan meletakkan bedak translucent pada wajah untuk menyamarkan kesan kilatan itu. Settle!
SW pasti kalau uols semua ikut tips highlighter ini, uols akan sukakan impak kilatan atau glass skin yang dihasilkan highlighter. Jadi, selamat mencuba!