Macam tak pernah dimamah usia! Itulah yang selalu terlintas dalam fikiran peminat karya-karya Hollywood apabila melihat bintang popular ini. Masa kecil, itulah rupa dia yang min nampak. Malah bila min besar, eh masih lagi helok Kajol ni.

Selepas lebih 30 tahun dalam industri, Kajol mengejutkan ramai apabila mengumumkan bahawa akan berehat sebentar daripada dunia media sosial. 

Difahamkan menerusi hantaran di IG Story dan Twitter miliknya, keputusan itu diambil disebabkan Kajol sedang berhadapan dengan ujian yang paling berat dalam hidupnya.

Selain daripada tindakan memuat naik hantaran tersebut, Kajol juga telah memadam semua hantaran yang sebelum ini dikongsikan kepada lebih 15 juta pengikutnya. Malah rakaman momen bersama suami, Ajay Devgan dan anak-anaknya juga turut dipadam.

Juga mendedahkan terpaksa menolak beberapa tawaran yang diterima atas sebab mahu memberi fokus dalam membesarkan dua orang anaknya, rupanya ada sebab lain atas pengumuman Kajol tadi.

Sebab tak sampai tiga hari, Kajol mengaku ia hanyalah gimik untuk sebuah program TV.

Ceh, ramai juga yang tertipu! Katanya ramai juga peminat yang tak senang dengan gimik tersebut. 

Iyalah. Dah lebih 30 tahun dalam industri tapi masih lagi relevan dan laris. Sayanglah kan kalau berhenti macam tu je kan?

Instagram: kajol