Dalam perkahwinan tak semua benda boleh dibawa bergurau. Terutamanya jika melibatkan lafaz talak yang mana walaupun secara bergurau, lafaz tersebut tetap sah.

Seperti yang berlaku dalam perkahwinan Sharnaz dan Mia Sara yang mana Sharnaz secara bergurau telah melafazkan talak pada Mia Sara. Malah Mia sendiri tersentak apabila beliau sebenarnya baru perasan mengenai lafaz yang dinyatakan Sharnaz.

Setelah mendengar pandangan sahabatnya, Mia nekad untuk membangkitkan isu berkenaan kepada Sharnaz. Namun terkilan kerana reaksi Sharnaz seperti tidak mengambil berat mengenai isu tersebut dan mengatakan ia tidak valid dengan alasan tidak sengaja melafazkannya.

Dengar macam masuk akal, tapi itulah yang berlaku dalam drama Cina Buta lakonan Ungku Aziz dan Nad Zainal, sebuah drama terbaru daripada budakijat.

Melihatkan ruangan komen, ramai sebenarnya yang mengalami situasi seperti Mia. Si suami terlafaz cerai secara tak sengaja dan berfikir lafaz berkenaan tidak sah dengan alasan tidak sengaja. 

Aduhai, talak bukan benda main-main bang!

Kredit: TikTok @drama_radiusone