Jom mommies, cegah anak jadi mangsa cyberbullying!

Cyberbullying bermaksud kelakuan yang secara agresif yang dilakukan secara berulang kali kepada seseorang mangsa sehingga mangsa tidak terdaya untuk membela diri.

Cyberbullying bukanlah isu baru kerana ia sudah begitu lama berlaku di mana mana pun dan melibatkan sesiapa sahaja sama ada orang dewasa atau pun kanak-kanak. Sedih tau dan kita akan automatically jadi tak bersemangat dan murung apabila jadi mangsa buli ni. Tapi, ia boleh dielakkan dan di sini, SW nak kongsikan dengan anda antara perkara yang boleh dilakukan untuk mengelak daripada jadi mangsa buli siber.

Image result for girl

– Ajar anak supaya ada jati diri yang baik

Sebagai ibu bapa, kita haruslah menerapkan jati diri baik untuk diteladani anak-anak. Anak -anak yang mempunyai keyakinan akan boleh melawan sekiranya diganggu atau dibuli lerana metalnya kuat.

Image result for fun

 

– Sentiasa sokong minat anak

Anak-anak tidak perlu mengikut jejak dan minat anda kerana mereka merupakan individu sendiri. Selaku ibu bapa, kita haruslah sentiasa tanya dan peka dengan minat anak dan sokong mereka. Ia membuatkan anak rasa seronok dan mahir dalam bidang tersbeut dan akan menunjukkan bakat yang bagus.

Image result for Child

– Ajar anak untuk say no

Saying no is needed. Anda tidak perlu kata ya atau bersetuju terhadap semua perkara. Adakalanya, kanak-kanak terlalu diajar untuk menjadi baik dan sentiasa bersetuju atau mengikut sangat apa yang disuruh seseorang. Ini merupakan satu trait yang tidak baik kerana ia akan menjadikan anak seorang yang lemah dan mudah dibuli. Teach them to say no and tell them its okay to say no.

Image result for daughter

– Sentiasa sokong dan ada dengan anak

Ada sesetengah ibu bapa yang tidak begitu involved dalam kehidupan anaknya atas kesibukan dan tuntutan kerja. Hal ini menyebabkan anak rasa tersisih dan tidak mendapat sokongan ibu bapa. Jika ibu bapa selalu ada dengan anak dalam menghadapi suka dan duka mereka, mereka akan rasa gembira dan memiliki kekuatan mental yang baik.

 

Image result for malaysian kids bullying

– Cegah anak jadi pembuli

Sering beritahu kepada anak agar jangan sesekali membuli orang lain kerana perbuatan itu salah. Bagi anak faham kenapa bullying itu salah dan akan merosakkan emosi dan mental seseorang. Kanak-kanak mempunyai kebijaksanaan yang luar biasa dan mereka akan ikut cakap ibu bapa. Selaku ibu bapa, tunjukkan kepada mereka contoh yang baik dan isi emosi mereka supaya tidak kosong. Emosi yang kosong akan melahirkan anak-anak yang memberontak dan kekurangan kasih sayang, seterusnya menjadikan mereka cenderung untuk menjadi pembuli.