Pakai lipstik merah ke pejabat? Boleh je jika ikut tips ini!

Lipstik merah sememangnya mempunyai tarikannya yang tersendiri dan ada kajian yang mengatakan bahawa lelaki sebenarnya lebih tertarik dengan wanita yang mengenakan lipstik merah berbanding warna lain. Tapi, menurut pengalaman min, lelaki biasanya tahu satu warna je untuk lipstik iaitu merah haha padahal ada banyak lagi warna lain seperti nude, rose, coral, jingga dan juga purple. Hitam pun ada tau. 

Okay tapi lipstik merah sering dianggap tidak sesuai untuk digayakan setiap hari dan agak keterlaluan jika digayakan ke pejabat kerana warna merah itu sangat terang dan not for everyday wear.

Haa salah tu! Sebenarnya lipstik merah selamat je untuk digayakan setiap hari tapi ada caranya.

Di sini SW nak kongsikan cara betul pakai lipstik merah :

Image result for hijab red lipstick

– Fikirkan makeup yang lain

Rasanya semua orang tahu rule ini, apabila pakai lipstik merah, pastikan makeup yang lain tidak terlalu menonjol. Biarkan hanya lipstik sahaja yang menonjol kerana kalau makeup yang lain sama menonjol, lipstik merah akan kelihatan keterlaluan

A picture containing toiletry, cosmetic Description automatically generated

– Pakai penggaris bibir

Penggaris bibir atau lip liner memang merupakan best friend kepada lisptik merah. Sebabnya, kalau lipstik tu hilang selepas makan tengah hari, garisan yang tinggal pada bibir akan nampak buruk sebab tidak sekata. Jadi, setiap kali pakai lipstik merah, pakai penggaris bibir pada keseluruhan bibir, bukan hanya pada garisan luar bibir sahaja. Ini bagi mengelakkan lipstik hilang dan nampak pelik.

A picture containing indoor, red, floor Description automatically generated

– Lipstik merah tidak semestinya perlu terlalu terang

Sama seperti warna lain, merah sebenarnya terbahagi kepada banyak tone-tone berbeza. Ada merah menyala, ada merah yang lebih toned-down dan nampak cantik je bila dipakai ke pejabat. For daytime look, pilih jenis merah yang sedikit toned-down, contohnya merah bata. Hasilnya, makeup akan nampak lebih cantik dan tak over.

Image result for hijab red lipstick

-Biarkan bibir berbicara

Jangan sesekali padankan lipstik merah dengan smokey-eye! No-no-no! Ini merupakan silap yang besar kerana ia akan menyebabkan makeup nampak over sangat. Sebaiknya, biarkan mata kosong. Kalau nak juga pakai sesuatu di mata, cukup sekadar letak wing eyeliner.

A close up of a pepper Description automatically generated

– Pilih lipstik yang bertekstur ringan

Buat mereka yang masih ragu-ragu untuk gayakan lisptik merah, pilih jenis sheer dahulu sebelum beralih kepada lipstik matte yang bertekstur pekat. Ini bagi mengelakkan makeup keseluruhan nampak sangat tebal dan berlebihan untuk ke pejabat.

Okay, kalau follow tips ni, SW yakin anda akan lebih berkeyakinan nak pakai lipstik merah. Jangan limitkan lipstik merah hanya untuk waktu malam okay?