Sebagai seorang ibu, perasan tak kadang-kadang anak kita tidak mempunyai kawan-kawan di taska atau pun sekolah atas pelbagai sebab. Tidak pandai bergaul, tidak mahu bergaul atau pun rasa tidak selesa berada dalam kumpulan yang ramai.

Ibu harus memainkan peranan dengan mengajar anak kaedah yang betul untuk bersosial atau jika anak anda rasa okay tidak bersosial, pastikan mereka tidak rasa kesunyian.

Di sini, SW kongsikan tips ajar anak berkawan bagi mengelak mereka sunyi

Image result for mom talking to child

– Mulakan pagi anak dengan ceria

Setiap orang tahu bahawa permulaan hari yang baik adalah sangat penting bagi menjaga emosi seseorang. Haa jangan ingat orang dewasa je yang nak emosi baik, kanak-kanak pun perlukan pagi mereka bermula dengan baik. Jadi, selepas kejut anak bangun tidur, sediakan sarapan yang bernutrisi buat mereka dan jawab apa sahaja pertanyaan mereka. Biasalah, kanak-kanak memang gemar bertanya jadi layankan aje okay?

Image result for mother and child

– Beri pelukan

Pelukan merupakan sesuatu yang menenangkan. Anda boleh lakukankannya di mana sahaja dan bila-bila sahaja. Anak anda akan berasa selamat dan tidak risau biarpun keseorangan. Semasa berpelukan, kita juga akan mengajar anak-anak untuk mengatur sistem pernafasan dan ini merupakan satu skill yang sangat penting dalam menghadapi masalah dalam hidup. Dalam apa situasi sekali pun, jaga pernafasan dan always take a deep breath.

Image result for asian family

– Sebutkan tiga perkara positif pada anak setiap hari

Sebelum tidur, berkumpul lah bersama anak-anak di meja makan atau di mana-mana sahaja dan ucapkan tiga benda positif yang berlaku kepada mereka setiap hari. Hal ini boleh jadi sesuatu yang simple seperti pujian yang mereka terima di sekolah atau betapa sedapnya lauk yang dimakan mereka hari ini. Selepas mereka selesai, anda sebagai ibu pula beritahu mereka tiga perkara positif yang berlaku kepada anda.

This gratitude action apabila dijadikan sebagai kebiasaan akan melatih otak untuk sentiasa tenang dan berfikir perkara yang baik-baik.

A person holding a baby

Description automatically generated

– Praktiskan PBR

PBR di sini bermaksud Pause, Breathe and Respond. Ini elok untuk dipraktiskan oleh ibu dan bapa ketika marah dengan anak-anak. Ramai ibu bapa yang akan terus marah anak apabila mereka melakukan kesilapan, menyebabkan emosi mereka terganggu. Tujuan pause ialah bukan supaya anda membiarkan sahaja kelakuan salah anak-anak, tetapi supaya anda lebih bijak mendidik anak-anak.