Siapa sangka cili juga boleh digoreng bersama tepung bagi menghasilkan snek yang enak. Haa resipi cili goreng tepung ni dah viral tau di Indonesia dan mereka cukup sukakannya. Orang Indonesia kan terkenal dengan makanan pedasnya.
Beminat nak cuba? Sini SW konsgikan resipi cili goreng tepung yang memang sedap
Bahan2 :
Cili merah / apa apa jenis cili
Bawang putih
Garam
Tepung Beras
Botol atau apa apa bekas
Cara-caranya:
Cili digunting kemudian direbus, cuci bersih dan toskan
Masukkan dlm botol, letak garam
Masukkan bawang putih yg telah dihiris
Masukkan tepung beras, goncang je botol tu sehingga tepung menutupi semua cili tu.
Then simpan di peti ais.
Bila nak makan, ambil sikit and goreng sehingga garing