Nama saya Siti (bukan nama sebenar). Saya berusia 28 tahun. Dah berkahwin, dan ada cahaya mata seorang. Saya mengambil masa yang lama untuk menulis luahan ini.
Rasa perit untuk menceritakan apa yang terjadi kepada saya. Namun, setelah difikir berulang kali, saya rasa perlunya luahan saya ini untuk memberi sedikit pengajaran kepada semua pembaca.
Saya percaya, rata-rata pembaca mungkin dari kalangan wanita dewasa yang sedang melalui hidup berkahwin, atau mungkin juga sedang dalam usaha untuk memasuki kehidupan perkahwinan.
Namun, sedikit sebanyak, saya merasa agak risau dan takut. Ini kerana, suami saya tidak tahu bahawa saya sudah tidak ada dara.
Dia tidak pernah tanya tentang kisah silam saya. Sedangkan saya selalu stalk dan trace kisah silam dia.
Pada waktu itu, saya rasa sungguh benci kepada bekas kekasih saya. Sedangkan saya tahu, itu juga berpunca dari kesilapan saya sendiri.
Saya sayang suami saya lebih dari apa sekalipun. Kehidupan kami sungguh bahagia. Kami tidak lagi dihujani apa-apa masalah berat.
Kewangan suami yang stabil dan sokongan keluarga belah suami yang sangat kuat membuatkan saya rasa saya adalah wanita yang sangat bertuah.
Setahun kemudian, kami dikurniakan seorang cahaya mata. Suami saya sungguh gembira. Sudah lama dia inginkan seorang anak perempuan.
Saya tidak menceritakan hal ini kepada suami saya. Saya risau dia akan susah hati. Saya yakin yang saya mampu untuk menjaga diri saya.
Namun itu cuma kata hati saya, pada waktu itu. Saya dan bekas kekasih saya mula berhubungan selama berbulan-bulan. Lama kelamaan, kami mula jatuh cinta kembali.
Tanpa pengetahuan suami saya. Saya mula bersikap kasar terhadap suami. Saya jarang meluangkan masa dengan suami saya. Saya jarang meluangkan masa dengan anak saya.
Dia terpaksa abaikan kerjanya untuk mengambil anak saya di nursery waktu petang dan menidurkan anak saya pada waktu malam.
Sehinggalah pada 5 bulan lepas, suami saya bersikap sedikit berlainan. Dia mula melayan saya dengan sangat baik. Dia kerap membawa kami sekeluarga ke tempat-tempat percintaan kami.
Dia bawakan kami bercuti ke tempat idaman saya. Dia curahkan kebahagiaan kepada saya melebihi dari apa yang bekas kekasih saya pernah lakukan kepada saya.
Kemudian.. saya buka imessage. Saya baca satu conversation suami saya dengan kawan baiknya dari kelantan.
Isi conversation adalah dalam loghat kelantan. Apa yang membuatkan saya ingin tahu isi perbualan adalah, kerana ada nama saya di dalam conversation tu.
Saya mula baca dari atas. Dan terus ke bawah. Phone suami saya jatuh ke atas katil. Saya rasa sungguh bersalah.
Suami saya mengadu kepada kawannya tentang kecurangan saya dengan bekas kekasih. Dia tahu apa yang saya buat selama ini.
Setiap ayatnya dalam conversation tu, menggambarkan betapa sedih dan kecewanya dia terhadap saya. Saya rasa sangat berdosa. Rasa sangat tercemar.
Suami saya.. dia berusaha untuk menggembirakan saya… supaya saya dapat melupakan bekas kekasih saya.
Saya rasa bersalah sangat. Rasa berdosa sangat. Saya nak minta ampun dan memohon maaf kepada suami saya tapi saya malu untuk mengaku semua benda ni di depannya.
Dia mengadu kepada kawannya, dia taknak confront saya tentang kecurangan saya sebab, dia risau akan berakhir dengan perceraian.
Dia taknak bercerai. Dia taknak anak kami hidup dalam keluarga bercerai berai. Dia taknak keluarga besar kami berasa sedih atas perceraian kami.
Saya menangis, rasa bersalah, berdosa.. saya delete number bekas kekasih saya. Saya tinggalkan dia. Saya nak bersama keluarga saya. Saya nak bersama suami saya.
Pada hari selepas tu, saya tengok suami saya, tersenyum melihat saya. Dia peluk saya seolah olah tiada apa yang berlaku. Walaupun saya tahu, dia sebenarnya tengah patah hati di dalam.
Saya rasa tak layak untuknya. Saya malu sangat. Saya putuskan untuk tidak menyentuh hal ni di depannya. Saya akan devote diri saya sepenuhnya kepada suami dan keluarga saya. Saya nak dia tahu, saya dah berubah. Saya akan selamanya di sisinya. Sampai ke akhir hayat.
Kredit : Kisah rumah tangga KRT