Tahun Baru Cina bakal tiba tak lama lagi uols! Oleh itu jenama barangan kemas tempatan HABIB melancarkan koleksi Syiling Wafer Emas 999.9 edisi terhad terbaru mereka, Yay or Yay?! Seperti yang diketahui ramai, HABIB sering menjanjikan sesuatu kelainan dalam setiap hasil seni yang dipertaruhkan bagi memberi pengalaman yang terbaik buat para pelanggannya. Sayang Habib!

HABIB mengangkat konsep zodiak Cina dengan menampilkan arnab sebagai simbol utama bagi koleksi edisi terhad kali ini. Kalau nak tahu, arnab merupakan haiwan zodiak Cina bagi tahun 2023 serta mewakili zodiak keempat dalam keseluruhannya. Malah, rekaan bungkusan koleksi Syiling Wafer Emas 999.9 ini turut diserikan lagi dengan motif bunga-bungaan yang menggambarkan tradisi kaum cina seperti bunga melur serta bunga tanjung. Yang penting, ia sesuai dijadikan “ang pao” tau!

Koleksi Syiling Wafer emas 999.9 edisi terhad ini boleh didapati di kesemua bilik pameran HABIB seluruh Malaysia serta laman rasmi HABIB. Gong Xi Fa Cai, Ang Pao Na Lai! hihi.