Luluh hati Cik Ju tengok guru didenda disuruh merangkak depan anak murid macam ni sekali.
Guru tu kan ibarat lilin yang sanggup membakar diri, mengorbankan masa dan tenaga demi melihat kejayaan pelajarnya. Tanpa seorang guru, siapalah kita hari ini. Setuju?
Tapi video yang tersebar apabila seorang ibu menyuruh guru merangkak dibuat seperti maruah seorang guru dipijak seperti tiada erti.
Rakaman video berdurasi 2 minit ini menimbulkan pelbagai respon orang ramai yang rata-ratanya terkejut dengan tindakan seorang ibu yang dilihat menyuruh seorang ustazah merangkak gara-gara anaknya didenda.
Kita sebagai ibu bapa pun kena faham keadaan guru yang nak kena jaga hamper 40 orang pelajar, jangan semua nak salahkan guru je, datang dan soal siasat terlebih dulu, bukan terus serang guru dan paksa guru merangkak depan pelajar.
Lebih teruk lagi apabila video ini disebarkan melalui FB dan menjadi tontonan umum, tapi semua orang berpihak kepada guru itu dan marah kenapa guru tersebut menurut perintah biadab si ibu tersebut.
Sebab kalau Cik Ju sendiri pun Cik Ju takkan ikut apa yang mereka nak, sebab kita nak didik anak mereka menjadi pelajar yang lebih elok.
Menurut ibu tersebut, anaknya trauma tidak mahu hadir ke sekolah gara-gara didenda oleh ustazah tersebut. Malah, dakwanya lagi anak itu cedera tidak dapat mengambil air wuduk kerana kesakitan.
Video itu menimbulkan amarah orang ramai yang merasakan perbuatan itu sangat biadab. Seorang guru tidak patut diperlakukan sedemikian walau ianya berpunca dari guru tersebut.